Pertandingan Melukis Terompah

Beberapa minggu lepas saya dapat satu email dari seseorang yang tidak dikenali. Mula mula saya tak baca dan ignore kan sahaja email tersebut, sebab nama yang tertera dalam email tersebut bukanlah dari orang saya kenali. Lagipun dalam email peribadi saya memang banyak email “spam” yang masuk tiap-tiap minggu. Selalunya kalau dapat email dari sesiapa yang saya tak kenal, saya ignore sahaja. Selang beberapa hari lepas itu, saya dapat pula panggilan telefon dari orang yang namanya sama seperti di dalam email. Rupa-rupanya tujuan dia ialah untuk memberitahu saya bahawa Eiman telah terpilih dan menjemput kami untuk datang ke pertandingan lukisan di peringkat akhir.

DSC_1064

Actually saya sendiri pun dah lupa mengenai pertandingan lukisan ini sebab masa Eiman hantar lukisannya pun sudah agak lama, beberapa bulan yang lepas. Tajuk pertandingan lukisan yang Eiman sertai ialah “Holland Clog Drawing Competition” yang dianjurkan oleh Vico Sky dan BLINK Gallery serta dengan kerjasama Consulate of Netherland di Hong Kong. Untuk pertandingan ini, peserta-peserta perlu melukis di atas kertas lukisan mengandungi gambar “clog” dari Holland (Belanda). Di atas kertas lukisan itu, kanak-kanak perlu design dan melukis sesuatu yang menunjukkan kepelbagaian negara.

DSC_1059 DSC_1061

Untuk pengetahuan, “clog” ialah terompah tradisional yang diperbuat daripada kayu dan menjadi tradisi masyarakat Belanda. Terompah tradisional ini sering dipakai pada zaman dahulu sebagai perlindungan untuk kegunaan seharian terutamanya bagi petani, tukang kebun, pelombong dan sebagainya.

DSC_1080

Untuk pertandingan ini, Eiman melukis pakaian tradisi daripada China, India, Holland dan Malaysia di atas terompah yang diberikan. Semasa hari pertandingan akhir tersebut, setiap peserta bersama penjaga dikehendaki naik ke atas pentas. Kat atas pentas, kita kena beri penerangan serba sedikit tentang design terompah dan kenapa memilih design tersebut kepada hakim-hakim pertandingan.

DSC_1073

Saya rasa agak terlalu berat kalau nak suruh kanak-kanak berumur 5 tahun untuk buat presentation seperti itu di atas pentas. Actually, ramai kanak -kanak yang lain malu-malu dan lain tidak tahu apa yang perlu dilakukan di atas pentas. Jadi apa yang saya buat untuk membantu adalah dengan bertanya Eiman bebarapa soalan mengenai lukisan terompahnya. Dari situ, boleh lah Eiman membuat penjelasan secara tak langsung mengenai lukisannya itu.

DSC_1097 DSC_1101

Walaupun EIman tidak memenangi hadiah utama, tapi dia dapat juga hadiah “merit” untuk lukisannya. So ok lah juga, at least boleh tambah lagi sijil-sijil pencapaiannya kat dalam fail…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s