[Aviation] Mengapa Rasa Jus Tomato Lebih Sedap Di Dalam Pesawat?

Pernah minum jus tomato? Saya yakin ramai yang belum pernah mencubanya. Kalau anda selalu naik flight, tentu boleh perasan yang minuman jus yang disediakan di dalam flight ada 3 jenis, iaitu jus oren, jus epal dan juga jus tomato. Selalunya apa yang saya perhatikan adalah penumpang akan memilih sama ada jus oren atau jus epal. Tetapi ada juga sebahagian yang memilih jus tomato terutama mat saleh. Mengikut kajian di Jerman, daripada 1000 penumpang pesawat, 27% penumpang memilih untuk minum jus tomato di dalam flight.

Juga mengikut kajian, mereka yang memilih jus tomato ini hanya minum minuman ini di dalam pesawat sahaja. Kalau di daratan seperti di restoran atau di rumah, mereka tidak akan sentuh pun minuman jus tomato ini.  Bagi mereka, rasa jus tomato di dalam pesawat lebih sedap berbanding di daratan. Jadi untuk menjawab persoalan itu, sebuah syarikat penerbangan Jerman iaitu Lufthansa ditugaskan untuk membuat kajian tentang perkara ini. Mereka ingin melihat kepada sebab-sebab mengapa orang memilih untuk minum jus tomato di udara, sedangkan biasanya mereka tidak akan meminumnya di daratan. Memang sedikit pelik, takkan boleh berbeza rasa jus tomato kat dalam flight atau di luar flight? Tapi memang ada sebab saintifik untuk itu.

1570727

Kalau ikut resepi, jus tomato diperbuat daripada buah tomato yang sudah masak, daun celery, bawang, sedikit lada hitam, Tobasco sos, gula dan juga garam. So, anda boleh bayangkan sendiri macam mana rasanya jus tomato ini dan sebab itulah ramai yang tak order minuman ini di restoran. Tapi ketika berada di dalam flight, tekanan udara menjadi rendah disebabkan oleh ketinggian pesawat. Udara di dalam pesawat juga amat kering. Jadi deria rasa dan bau manusia akan menjadi kurang sensitif disebabkan keadaan ini. Disebabkan itulah rasa makanan di dalam flight agak tawar dan tidak berapa sedap. Tetapi  jus tomato yang mempunyai flavour yang kuat menyebabkan ianya lebih sedap ketika di dalam flight berbanding di daratan.

elle-foods-for-gorgeous-skin-tomato-juice-xln-lgn

Berikut adalah explanantion yang diberikan oleh saintis yang membuat kajian:

Your blood gets less oxygen, which makes your odor and taste receptors less sensitive. Mucus in your nasal cavities also expands in the low pressure environment, which makes it even harder to taste. On top of that, most airlines keep the cabin at about 10 to 15 percent humidity. This dries out your nose and mouth, cutting down your sense of taste even more. Congestion, dehydration — it feels kind of like having a bad cold. Sweets are less sweet, salty food is less salty, and it’s harder to taste certain herbs and spices. As a result, most airplane food tastes bland, but tomato juice actually tastes better up in the air.

Sebenarnya saya sendiri sekali pernah cuba rasa jus tomato di dalam flight.  Dari luar warna jus tomato ini nampak mcm sedap, tapi selepas mencuba saya dapati tekak Melayu saya tak boleh nak terima. Minum seteguk sahaja memang terasa nak muntah. Akhirnya, terpaksa minta pramugari tukarkan kepada jus oren sahaja. Tapi anda yang lain boleh lah cuba jus tomato kalau ada peluang menaiki flight. Boleh tengok betul ke tidak fakta saintifik seperti yang saya ceritakan di atas. 🙂

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s