[Aviation] Passport Malaysia Yang Power

Kalaulah anda diberi pilihan, passport dari negara mana yang anda ingin miliki? UK passport? USA Passport? Malangnya sebagai rakyat Malaysia, kita tidak dibenarkan untuk memiliki kewarganegaraan lebih dari satu. Jadi mengikut undang-undang Malaysia, kita memang tak boleh memiliki dua passport. Berlainan pula dengan undang-undang sesetengah negara lain, ada negara yang membolehkan rakyatnya memiliki lebih dari satu passport. Contohnya di office saya ini, ramai juga rakan saya memiliki lebih dari satu passport. Kalau nak pegi travel luar negara, boleh pilih nak guna passport yang mana satu.

Walaupun begitu, passport Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Kita mempunyai passport yang merupakan antara yang terbaik di dunia. Macam mana nak tahu kedudukan sesuatu passport itu? Mari kita tengok apa kriteria pasport untuk dinobatkan sebagai pasport terbaik. Kriteria pertama ialah dari segi kuasa pasport. Yang keduanya adalah dari segi kualiti pembuatan passport itu sendiri.

passeport-de-la-malaisie-8212777

Kuasa Passport
Bagi mengetahui kekuasaan sesuatu passport itu adalah bergantung dari segi akses tanpa visa ke negara-negara lain, sama ada banyak atau sedikit. Contohnya, kalau nak ke USA memang rakyat Malaysia kena apply visa sebelum pegi sana. Jadi kena lah susah payah pegi US Embassy, isi form, bayar duit, interview serba sedikit tujuan nak pegi sana dan kemudian barulah boleh dapat visa kalau lulus. Sebaliknya pula kalau nak ke London, rakyat Malaysia mempunyai kelebihan dan tak perlu visa. Hanya bawa passport sahaja dan terus boleh terbang ke London. Jadi kalau sesuatu passport itu mempunyai kelebihan untuk digunakan di banyak negara tanpa memerlukan visa, maka passport tersebut lebih bagus dan lebih baik kedudukannya.

Kualiti Pembuatan
Kalau tengok kualiti passport kita memang nampak canggih, kemas dan teliti. Especially ciri-ciri keselamatan untuk elakkan pasport kita dicetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Material yang digunakan jugak agak baik dari segi kualiti terutama bahagian yang terpampang gambar kita tuh. Selain itu, ciri keselamatan dan pelaksanaan pasport Malaysia, sama seperti kebanyakan pasport negara lain dalam senarai yang digariskan oleh Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Tapi kalau kita banding dengan passport dari Bangladesh contohnya, bukan nak merendahkan tapi maybe passport mereka nampak macam buku 555 pun ada.

Kedudukan Passport Malaysia
Untuk passport Malaysia, ia tersenarai di tangga ke-9 dalam senarai pasport paling berkuasa di dunia.

Tempat pertama
United Kingdom, Finland dan Sweden
Akses tanpa visa ke 173 negara

Tempat ke-2
Amerika Syarikat, Jerman, Denmark dan Luxembourg
Akses tanpa visa ke 172 negara

Tempat ke-3
Itali, Belgium dan Belanda
Akses tanpa visa ke 171 negara

Tempat ke-4
Ireland, Kanada, Perancis, Jepun, Norway, Portugal dan Sepanyol
Akses tanpa visa ke 170 negara

Tempat ke-5
Switzerland, Austria dan New Zealand
Akses tanpa visa ke 168 negara

Tempat ke-6
Australia, Singapura dan Greece
Akses tanpa visa ke 167 negara

Tempat ke-7
Korea Selatan
Akses tanpa visa ke 166 negara

Tempat ke-8
Iceland
Akses tanpa visa ke 165 negara

Tempat ke-9
Malaysia berkongsi kedudukan bersama Malta
Akses tanpa visa ke 163 negara

Boleh lihat di bawah untuk senarai penuh kedudukan passport-passport di seluruh dunia.

passport1

Dengan menggunakan passport Malaysia, kita boleh travel ke 163 buah negara tanpa memerlukan visa. So apa lagi, boleh pack barang-barang dan jom pergi menjelajah melihat negara orang untuk menimba pengalaman. Bumi Allah itu kan luas….

Selamat melancong !

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s