Chicken on the Run – Mid Level, Central

Akhirnya saya jumpa juga restoran halal yang menjual makanan western kat HK ni. Hampir 80% restoran makanan halal di HK ni adalah merupakan makanan India, Pakistan atau Middle East. Kalau anda datang ke HK untuk bercuti dan mungkin rasa dah muak nak makan kari, nasi beriani, kebab dan seumpamanya, boleh lah cuba makan restoran Chicken on the Run yang terletak di Mid Level, Central. Di kawasan Mid Level ini ada terletaknya tangga escalator yang terkenal di HK.

Tapi escalator yang ada di sini sedikit unik dan tidak sama seperti apa yang ada di dalam pusat membeli membelah yang biasa. Sebabnya escalator ini terletak di luar bangunan dan merupakan sistem eskalator di luar bangunan yang tertua dan terpanjang di dunia. Mengikut informasi, eskalator ini adalah sepanjang lebih 800 meter dan ianya melalui jalan-jalan di lereng bukit yang curam dan dikelilingi oleh kedai-kedai, café, restoran dan bar. Jadi kalau datang ke sini di sini, boleh nampak ramai mat saleh dan westerners yang datang melepak di kedai kopi atau di bar. Central?Mid-Levels escalators @Hong Kong 49899596

Restoran Chicken on the Run yang saya sebut tadi juga terletak di kawasan Mid-level ini. Jadi kalau nak datang, memang kena naik escalator yang panjang itu. Alamat restoran ini adalah:Chicken on the Run, Mid-Levels, No. 1 Princes Terrace, Hong Kong.

Boleh juga melawat website restoran ini di sini untuk lebih lanjut: Chicken on The Run

00B97BF523AADE7C0BA507l

Restoran ini menyediakan makanan western dari Australia. Pada hujung minggu lepas masa saya datang ke sini, saya order ayam panggang, cauliflower cheese dan juga salad untuk saya dan wife. Untuk Eiman, saya orderkan lasagna untuk dia. OK juga lah rasa dia, macam ala ala makan dekat Nandos atau Kenny Rogers lebih kurang. Harganya pun tidak mahal kalau ikut standard HK. Tapi sedikit kekurangannya ialah restoran ini saiznya sedikit kecil, hanya ada satu meja tinggi (bar style) bersama 2 kerusi disediakan untuk makan di dalam restoran. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini pun saya tengok semuanya beli take away sahaja.

IMG_20141208_054452

Walau apa pun, yang paling penting makanan di sini adalah halal. Memang ada sijil halal dipaparkan di dalam restoran. Jadi kalau anda kebetulan berada di Central, boleh lah singgah di restoran ini untuk mencuba. Saya juga harap kita boleh lah sama-sama support restoran ini supaya ianya terus kekal dan boleh buka cawangan kat tempat tempat lain pula di HK. Jadi, penduduk dan pelancong Muslim yang datang ke HK mempunyai lebih banyak pilihan bagi mendapatkan makanan yang halal.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

4 responses to “Chicken on the Run – Mid Level, Central

  1. thanks cik zery..actually kat kawasan ni ada few more restaurant halal, tapi semuanya makanan middle east dan india mcm kebab, nasi beriani, kari, dsb..Kalau dah tak lalu nak hadap makanan mamak tiap2 hari, boleh ler tukar selera dtg sini..😆

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s