[Aeroangkasa] Livery Pesawat

Kebanyakan syarikat penerbangan yang utama menggunakan jenis dan model pesawat yang sama. Kalau Malaysia Airline mempunyai Boeing 777, begitu juga Emirates dan Singapore Airlines, mereka juga mempunyai pesawat yang sama. Selain dari hiasan dalaman, tempat duduk dan system hiburan, apa yang membezakan di antara pesawat syarikat penerbangan ini ialah rekabentuk “livery” pesawat iu sendiri.

Singapore-Airlines-777-300ER-Boeing-Launch-Forbes-small

Livery pesawat adalah merupakan rekabentuk cat yang digunakan pada luaran pesawat, secara amnya untuk badan kapal terbang, sayap, ekor atau enjin. Jadi apa yang anda nampak pada badan pesawat seperti logo, nama syarikat penerbangan, stripes/celoreng dan juga bendera negara masing masing, semuanya itu adalah dipanggil livery kapal terbang. Selalunya memang ada jurutera di dalam airlines yang akan hasilkan engineering drawing khas untuk livery ini supaya ianya seragam dan sama bagi kesemua pesawat yang dimiiliki oleh airlines tersebut. Dalam engineering drawing itu memang akan di tunjukkan dengan detail saiz tulisan, berapa besar logo, jenis warna, proses mengecat dan sebagainya.

Air Asia Planes

Berapa kerap pesawat akan di cat semula? Jawapannya tidak selalu, mungkin setiap 5 atau 6 tahun sekali bergantung kepada jadual penyelenggaraan (aircraft maintenance schedule) pesawat itu sendiri. Selalunya ia akan di lakukan ketika pesawat itu di masukkan ke hangar untuk heavy maintenance yang mengambil masa berminggu minggu.

Dundee-relocatable-hangar

787-Paint_close_ip

Nak mengecat kapal terbang bukannya perkara mudah seperti mengecat dinding rumah. Salah satu kritirea yang perlu ditekankan ialah ketebalan cat itu sendiri dan ia perlu di kawal semasa proses mengecat. Selepas habis proses mengecat, ketebalan cat yang dihasilkan perlu juga diukur agar ianya menepati spesifikasi yang ditetapkan. Kalau terlalu tebal cat yang digunakan, ia akan menyebabkan pesawat menjadi lebih berat. Keseluruhan pesawat juga akan di timbang (istilahnya ialah aircraft weighing) untuk memastikan berat pesawat yang dihasilkan oleh cat baru masih menepati spesifikasi.

alaskap1

Lagi satu fakta yang menarik ialah kebanyakan pesawat komersial menggunakan warna putih sebagai cat asas bagi badan pesawat. Memang ada airlines menggunakan cat warna lain seperti Air Asia yang menggunakan warna merah, tapi kalau anda perasan bilangannya agak kurang. Kalau anda pergi ke airport, saya boleh kata 80% pesawat yang digunakan oleh airlines antarabangsa adalah berwarna putih. Terdapat banyak sebab untuk itu, tapi kebanyakan airlines menggunakan warna putih adalah kerana:-

1. Penyelenggaraan – Lebih mudah untuk melihat kerosakan pada struktur pesawat pada badan pesawat yang berwarna putih. Jika badan pesawat berwarna gelap seperti hitam contohnya, memang sukar untuk melihat jika ada apa apa kerosakan terutama pada waktu malam.

2. Berat – Warna putih lebih ringan sedikit berbanding warna lain. Dikatakan juga warna merah merupakan cat yang paling berat. Jadi kalau guna warna putih, boleh kurangkan kurang berat pesawat dan boleh jimat bahan api

3. Murah – Cat putih biasanya lebih murah dan lebih mudah didapati di pasaran

4. Pudar – warna putih biasanya lebih tahan pudar. Warna gelap sebaliknya lebih cenderung untuk pudar dan tahap kepudarannya lebih jelas daripada putih.

5. Haba – warna gelap menyerap haba lebih tinggi berbanding warna putih yang memantulkan haba. Jadi kalau pesawat berwarna gelap, ia akan lebih cepat memanaskan penumpang di dalam kabin, komponen elektronik pesawat dan lain lain.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s