Percutian ke Bali (4)

Sukawati
Pada hari keempat, destinasi pertama ialah ke pasar Sukawati untuk membeli cenderamata. Ini salah satu tempat terbaik untuk mencari pelbagai hasil seni tempatan untuk dibawa pulang ke tanah air. Tidak kiralah samada anda mencari barangan kecil seperti gelang tangan dan rantai atau barangan besar seperti lukisan dan ukiran kayu, anda pasti akan berjumpa sesuatu yang menarik hati di sini.

DSC_0762 DSC_0764

Dan oleh kerana ianya dianggap pasar borong untuk barangan seni, harga di sini juga jauh lebih rendah dari di kawasan lain seperti Kuta atau Seminyak. Beli barang kat sini memang kena pandai tawar menawar, supaya boleh dapat harga yang terbaik. Tips? Datang lebih awal lebih baik. Sekitar jam 8-10 pagi, para pekedai biasanya baru habis bersembahyang. Mereka percaya jika mereka berjaya menjual pada waktu ini, ia akan membawa tuah sepanjang hari.

Pendawa Beach
Kalau anda sudah sampai Pantai Pendawa ini, anda akan rasa pantai ini jauh sangat bezanya berbanding pantai kita di PD atau di Penang. Pantai Pendawa ini pasirnya putih yang lembut dan air laut memang biru dan sangat jernih. Terasa seperti melihat pemandangan di dalam poskad pula rasanya. Patut lah ramai orang kata pantai di Bali ini meamng cantik cantik. Main tepi pantai ni memang favourite Eiman. Tapi sekejap jer lah dia boleh main kat Pantai Pendawa, sebab kena pegi ke tempat lain pula selepas ini.

DSC_0828 DSC_0806 DSC_0802 DSC_0788

Uluwatu
Tidak lengkap percutian di Bali jika tidak melawat Uluwatu atau nama lainnya Pura Luhur. Uluwatu merupakan sebuah tebing tinggi di tepi pantai yang memberikan panorama indah kepada pengunjung. Selain itu, lagi satu sebab kenapa pelancong datang ke Uluwatu ialah untuk menonton Kecak Dance. Nak melawat ke Uluwatu ini adalah lebih baik datang sebelah petang supaya boleh lihat Kecak Dance sekali. Tiket masuk ke Uluwatu dan tiket persembahan Kecak Dance di jual berasinggan. Jika hendak lihat tarian kecak kena beli cepat sebab tempat adalah terhad. Dah beli tiket, better datang ke tempat menonton Kecak Dance lebih awal supaya boleh pilih tempat duduk. Lebih bagus pilih tempat mengadap laut supaya boleh lihat pemandangan matahari terbenam . Kalau lambat, memang tempat duduk akan penuh.

DSC_0845 DSC_0850 DSC_0851 DSC_0872

Dalam Kecak Dance ada ceritanya tersendiri. Seperti tarian barong, pengunjung juga akan diberi sipnosis cerita mengenai tarian kecak dance ini. Tetapi tidak seperti tarian barong yang diiringi gamelan, kecak dance hanya diiringi dengan bunyi mulut penari penari lelaki. Mereka akan menyebut perkataan “kecak kecak kecak” berulang ulang kali dengan nada dan intonasi yang berbeza mengikut babak cerita. Sebab itu lah ia dinamakan kecak dance. Memang enjoy juga tengok persembahan kecak dance, tak rugi.

DSC_0883 DSC_0895 DSC_0905 DSC_0922 DSC_0958 DSC_0973 DSC_0978 DSC_0990

Tiket masuk ke Uluwatu berharga RM 5.50 dan untuk menonton kecak dance pula RM 26.

Kuta Beach.
Hari kelima merupakan hari terakhir kami di sini. Disebabkan flight saya ke KL jam 4:30 ptg, masih ada masa lagi pada waktu pagi untuk menghabiskan waktu. Jadi selepas check out, kami menuju ke Pantai Kuta. Tidak ada tujuan yang detail di pantai Kuta ini, just light and easy sebelum berangkat pulang. Pantai Kuta ini merupakan bandar yang menjadi tumpuan pelancong yang utama. Sebab itu banyak hotel hotel, cafe, bar dan sebagainya ada di sini termasuklah Hard Rock Cafe.

DSC_1091 DSC_1077 DSC_1062

Selain itu, kat sini juga ada banyak tempat spa. Boleh lah manjakan diri sekali sekala. Lagipun harga nya juga agak murah. Untuk spa selama sejam, isteri saya hanya bayar lebih kurang RM30 sahaja. Memang murah. Habis spa dan makan tengah hari, kami pun bertolak ke Ngurah Rai Airport yang terletak tidak jauh dari pantai Kuta. Lebih kurang 10 minit sahaja perjalanan menaiki van.

DSC_1082

Apa yang dapat saya simpulkan mengenai Bali adalah ianya memang tempat yang menarik di kunjungi. Penduduk Bali juga memang ramah dan mesra. Contonhya, kalau nak tanya harga barang, diorang tak akan paksa kita untuk beli atau marah-marah. Harga barang barang terutama kraftangan juga murah dan berkualiti. Pemandangan dan pantai yang memukau mata. Dan yang paling menarik ialah melihat budaya dan adat resam penduduk Bali masih kuat dikekalkan walaupun hakikatnya mereka berada di dunia moden, Tak hairanlah ramai pelancong yang pasti akan datang lagi ke Bali setelah pertama kali datang ke sini.

17 responses to “Percutian ke Bali (4)

  1. Pingback: Percutian ke Bali (3) | MudaBahaya·

  2. Bila mau datang bali jangan ragu bali senang nak cari kedai halal bila mau nak guna hikmad supir boleh whatsApp +6285253107464 pak eddie supir muslim bali

  3. salam.. baru lepas wattapp pak eddi supir. alhamdulillah dapat book utk hujung bulan ini. thanks edie fendie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s