Percutian ke Bali (3)

Tarian Barongan
Destinasi pertama yang di bawa oleh pak supir pada hari ketiga ialah menonton tarian barongan. Barong ini sebenarnya adalah karakter mitos bagi masyarakat Bali yang kononnya sebagai roh pelindung. Ia ditarikan oleh dua orang penari laki-laki, seorang memainkan bahagian kepala barong serta kaki depan, dan seorang lagi memainkan bahagian kaki belakang dan ekor. Tarian barong ini dipersembahkan dalam bentuk drama dan di iringi dengan muzik gamelan Bali. Semasa masuk ke dewan untuk menonton tarian barongan ini, penonton akan diberikan dengan kertas yang mengandungi sipnosis cerita. So, boleh lah faham sikit sikit walaupun  x faham apa yang di tuturkan oleh penari penari tersebut di atas pentas.

DSC_0526 DSC_0540 DSC_0532

Menurut kepercayaan mereka, tarian barong ini boleh menghalau semangat jahat dan sebab tu lah barongan ini hanya akan dipersembahkan hanya pada waktu pagi sahaja iaitu waktu sebelum mereka pergi bekerja. Apa yang menarik perhatian ialah mengenai penari wanita yang membuat persembahan tarian, matanya seakan tidak pernah berkelip ketika menari. Dengan mata yang besar dan pandangan tajam, memang terasa sedikit menyeramkan. Harga tiket untuk melihat persembahan tarian barongan ini adalah lebih kurang RM 28 seorang.

DSC_0530 DSC_0529

Ulun Danu Bratan (Bedugul)
Perjalanan ke Bedugul mengambil masa yang agak lama. Tempat yang dituju ialah Pura Ulun Danu Bratan terletak di pinggir Tasik Bratan. Tasik Bratan ini juga dikenali sebagai Tasik Gunung Suci kerana dikatakan kawasan ini sangat subur. Terletak 1200 m di atas paras laut, ia mempunyai iklim tropika yang sejuk, jadi kalau nak disamakan cuaca lebih kurang macam kat Cameron Highland.Memang nyaman.  Jalannya pun berpusing-pusing untuk naik ke atas. Memang luas tempat ini dengan tasik dan taman bunga yang cantik. Bayaran masuk ke Ulun Danu ini adalah lebih kurang RM 8.50.

DSC_0546 DSC_0547 DSC_0557 DSC_0558

DSC_0586 DSC_0582 DSC_0609

DSC_0594

Rumah Makan Ayam Bakar Taliwang
Selepas puas bersiar siar dan mengambil gambar, kami makan tengah hari di kedai makan berhampiran Bedugul iaitu Rumah Makan Ayam Bakar Taliwang. Kalau nak cari, restoran ini terletak berhadapan dengan Bedugul sahaja. Restoran ini menyediakan makanan ala Lombok dan semestinya halal. Ada juga kemudahan musolla disediakan di sini .

DSC_0649 DSC_0653 DSC_0655

DSC_0647

Tanah lot
Selesai makan tengah hari, kami menuju ke Tanah Lot pula. Tujuan utama ialah nak tengok matahari terbenam kat sini. Berbaloi ke datang ke Tanah Lot semata mata nak tengok matahari terbenam? Ya memang berbaloi, sebab pemandangan di sini memang indah dan cantik. Susah nak di gambarkan dengan perkataan. Dapat duduk dan menghirup udara petang  sambil melihat pemandangan Lautan Hindi yang memukau sememangnya amat menenangkan. Bayaran masuk untuk ke Tanah Lot ini adalah lebih kurang RM 8.50 seorang.

DSC_0693 DSC_0703 DSC_0710 DSC_0718 DSC_0731 DSC_0732

Krishna
Destinasi terakhir pada hari ketiga adalah membeli cenderahati di supermarket Krishna. Kalau nak cari cenderamata murah di Bali, tak perlu pergi jauh cuma perlu ke supermarket Krishna. Lebih untung beli cenderamata kat sini sebab harga adalah tetap dan rendah dari yang dijual di luar.

Krisna-Bali

DSC_0751  DSC_0761

Bersambung di sini: Percutian ke Bali (4)

13 responses to “Percutian ke Bali (3)

  1. Pingback: Percutian ke Bali (2) | MudaBahaya·

  2. Bali sekarang senang bila mau nak cari kedai halalan toyiban kalau mau nak guna hilmad supir muslim boleh guna pak eddie supir muslim bali whatsApp+6285253107464

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s