Percutian ke Bali (2)

Tegallalang Rice Terraces
Destinasi hari kedua bermula dengan Tegallalang Rice Terraces di Ubud. Tempat ini terkenal dengan pemandangan sawah padi yang indah. Kawasan sawah padi ini menggunakan sistem pengairan tradisional di kawasan lereng bukit. Ianya terletak di kawasan Ubud dan perjalanan ke sini memang agak jauh, lebih kurang 2 jam. Selain dapat mengambil gambar berlatar belakang sawah padi hijau yang mendamaikan mata, pengunjung juga boleh membeli barang-barang cenderahati di sini. Nak beli barang di sini memang kena tawar menawar sebab harga di kedai yang berbeza tidak sama, walaupun bagi barang yang sama. Jadi kena survey di beberapa kedai dan guna skill anda untuk tawar menawar bagi mendapatkan harga terbaik.

DSC_0099

Rice terrace yang menghijau

DSC_0115 DSC_0145 DSC_0147

Kintamani
Kintamani adalah destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi dimana disinilah adanya gunung berapi aktif (yang dinamakan gunung Batur ) dan tasik yang indah. Kintamani dikelilingi oleh alam semulajadi yang menawan dan terdapat enam kampung tradisi di sekitar kawah Tasik batur. Gunung Batur yang terletak di Kintamani telah meletus sekitar 24 kali sejak tahun 1800 dan masih aktif sehingga kini. Ia adalah tempat pelancongan yang terkenal kerana kawasan Kintamani memiliki panorama yang indah dan ia dikelilingi oleh suasana yang sejuk.

Ketika kami sampai di sini, terdapat ramai peniaga-peniaga tempatan yang cuba menjual barangan cenderahati kepada kami. Yang agak merimaskan, mereka ini akan mengerumuni sambil cuba memujuk kami untuk membeli barang mereka hingga ada yang sampai mengetuk tingkap kereta. Satu tips yang diberi oleh Pak Supir jika ingin membeli barang di sini adalah berjaga jaga tentang harga yang ditawarkan. Kadang kadang peniaga disini akan mengelirukan pelancong tentang harga, contohnya mereka akan kata “murah pak…20 puluh saja”. Bagi yang tidak tahu, pengunjung mungkin akan menyangka harganya ialah 20 ribu rupiah (RM 5.40), tetapi bila time bayar dia akan kata 20 puluh ringgit Malaysia. So, tanya betul betul dulu sebelum beli ya.

DSC_0164

Kwah Tasik Batur

Β DSC_0207 DSC_0211

Gunur Batur yang masih aktif

DSC_0213

Retoran Kintamani
Habis menikmati panorama di Kintamani, kami singgah pula untuk makan tengah hari di restoran Kintamani. Restoran ini menyediakan makanan halal dan yang paling best, ia menyediakan makanan buffet pada harga yang berpatutan. Kitorang hanya bayar dalam RM30 sahaja seorang. Murah juga saya rasa bagi makanan buffet. Dengan dekorasi restoran bercirikan tradisi Bali yang menarik, makanan citarasa ala Indonesia juga boleh tahan sedap. Yang saya suka ialah dessert nya iaitu pulut yang dicampur dengan labu dan kelapa parut serta dimakan dengan gula melaka. Best..;)

DSC_0219 DSC_0226 DSC_0229 DSC_0232

DSC_0279 DSC_0278

Ladang Kopi Luwak
Habis makan tengah hari, kami menuju ke ladang kopi luwak. Di sini kita boleh lihat bagaimana proses dan cara kopi luwak di buat. Habis tengok macam mana kopi di buat, boleh lah pegi ke warung yang ada kat sini. Pengunjung juga akan di ajak untuk merasa pelbagai jenis kopi di warung yang disediakan. Sebelum datang ke sini memang ada terasa untuk cuba kopi yang popular dari Indonesia iaitu Kopi Luwak a.k.a Kopi Tahi Musang. Ye bagi sesiapa yang tak tahu, kopi luwak ni caranya memang istimewa. Sebabnya nak dapatkan biji kopi datangnya dari tahi musang yang makan buah kopi. Kopi luwak dikatakan istimewa kerana musang ini mempunyai deria yang tajam dan akan memilih untuk makan buah kopi yang terbaik dari pokok. Sebab itu kot kopi luwak dikatakan istimewa dan mahal.

Disini kopi luwak dihidang di dalam teko kecil bersama-sama dengan kopi kopi lain dengan pelbagai rasa. Kopi-kopi lain ini dia bagi percuma untuk sample testing, tapi nak minum kopi luwak memang kena bayar. Harga kopi luwak ialah 60,000 idr atau RM16 untuk secawan. Sedap ke tak kopi luwak? Bagi saya takde lah istimewa sangat pun, rasanya pun pahit semacam. Tapi ok juga lah dapat rasa walaupun sekali. Dah habis rasa kopi kopi yang di beri, kalau berminat boleh beli kopi yang digemari untuk di bawa balik di kedai yang ada disitu.

DSC_0300 DSC_0337

Mesin bancuh kopi luwak

DSC_0338

Coffee & tea testing – macam macam rasa ada dan free !!

DSC_0340

Kopi luwak yang terkenal

DSC_0342

Jom minum kopi luwak … semestinya halal

DSC_0367

Pura Tirtha Emphul
Balik dari minum kopi luwak, kami menuju ke Pura Tirtha Empul. Mengikut kepercayaan orang Bali, di temple ini adanya air suci yang datang dari mata air beribu-ribu tahun dulu dan tak pernah habis. Kononnya dekat sini tempat raja-raja mandi untuk bersihkan diri. Airnya dah di jampi-jampi oleh pawang-pawang hebat kononnya, jadi air itu sangat suci kata mereka. Biarlah, tapi itu memang kepercayaan mereka. Masa nak masuk memang kena ikat kain kuning kat pinggang. Bagi sesiapa yang pakai seluar pendek atau skirt, kena pakai kain yang diberi sebagai penutup. Orang yang tengah period tak boleh masuk kawasan suci ni kononnya. Tapi takkan diorang nak check betul betul pula kan, so bagi yang berkenaan just diam diam sudah lah. Masa kami datang ke sini, memang ramai lah yang tengah mandi di dalam kolam.

DSC_0406

Mandi dari satu pancur air ke satu pancur air lain…kononnya mensucikan diri

DSC_0414 DSC_0421 DSC_0433 DSC_0445

Bagi makan ikan di dalam kolam …50 sen sahaja

DSC_0453

Bersambung di sini: Percutian ke Bali (3)

13 responses to “Percutian ke Bali (2)

  1. Pingback: Percutian ke Bali (1) | MudaBahaya·

  2. Boleh buat rujukan siapa yg nak datang bali klu perlu penghikmatan boleh guna pak eddie supir muslim bali WhatsApp +6285253107464/+6285338366086

  3. assalamualaikum tuan rumah. πŸ™‚ terjumpa post ni masa tengah cari tempat menarik nak melawat bali this coming october. I find it very useful and yes, I dah amik no contact utk supir. Thanks so much! πŸ™‚ – Fara

  4. Jangan risau bila nak datang bali makanan halalan toyiban sudah banyak kat bali boleh guna supir pak eddie muslim whatsApp+6285253107464

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s