Percutian ke Bali (1)

Bali yang indah dan mistik. Itu lah yang mungkin dapat saya simpulkan dari pengalaman saya ke sana bersama keluarga baru baru ini. Percutian ke Bali kali ini agak istimewa kerana melibatkan ramai ahli keluarga kira-kira 11 orang. Saya, isteri dan anak-anak menaiki pesawat CX785 dari Hong Kong ke Bali yang mengambil masa 5 jam dan bertemu ahli keluarga yang lain di Bali yang bertolak dari KL. Bali adalah sebuah daerah di negara Indonesia yang meliputi beberapa pulau kecil. Dikenali sebagai Pulau Dewata oleh penduduk tempatan dan ia terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali juga dikenali sebagai ‘Syurga Dunia’ oleh pelancong asing dan menjadi pusat destinasi pelancong khususnya bagi pengunjung antarabangsa.

DSC_0044 DSC_0047 DSC_0061 DSC_0065

Pengangkutan
Jarak antara satu tempat tumpuan pelancong ke tempat lain memang agak jauh. Jauh sangat ker? Ya, memang jauh sebab perjalanan boleh mengambil masa beberapa jam menaiki kereta untuk sampai. Tambahan pula jalan jalan di sini kecil dan selalu sesak. Sebab tak banyak pilihan, jadi memang perlu menyewa kenderaan dan juga pemandu. Semasa kami sampai di airport Bali, pemandu (supir) sudah pun sedia menunggu kami di arrival hall. Nak dapatkan khidmat supir ni boleh lah contact dia dulu awal awal sebelum datang ke sini melalui email. So nanti dia akan bagi harga dan juga bersedia dan tunggu kita di airport bila sampai. Disebabkan kami ramai, kami sewa coach executive yang boleh muat seramai 15 orang. Harga sewa termasuk pemandu ialah IDR 700,000 (RM90) sehari. Memang berbaloi sebab kalau bahagi dengan 3 famili, baru RM30 sehari untuk satu famili dan kita boleh minta supir bawa kita ke mana mana sahaja yang kita nak dari pagi sehingga malam.

DSC_1099

Pak Eddie – Supir yang cool

Supir yang kami gunakan bernama Pak Eddie dan saya memang puji servis yang diberi. Tip top dan first class. Walaupun rombongan kami ramai beserta anak anak kecil yang sudah tentu banyak karenahnya, Pak Eddie tak pernah merungut dan tetap cool. Malah dia juga offer diri untuk jadi kameraman untuk ambil kami sekeluarga dan juga memberi tips tips yang sangat berguna ketika kami di sini. Bagi sesiapa nak dapatkan khidmat pak Eddie, boleh lah contact dia kat sini:

Pak Eddie: +62 852-5310-7464 atau email ke boss Pak Edie iaitu Pak Isme : isme_tours@yahoo.com

Penginapan

Disebabkan Bali merupakan tempat tumpuan pelancong, memang banyak tempat penginapan yang boleh dipilih. Bagi yang datang berdua mungkin boleh menempah hotel sahaja, tetapi bagi yang datang dengan famili yang besar boleh juga tinggal di villa seperti yang saya duduk ini.

Apa yang bagus kalau duduk di villa seperti ini adalah lebih privasi dan sesuai untuk aktiviti keluarga. Terletak dalam kawasan yang bernama Canggu dengan berkonsepkan rumah traditional Bali dan jauh dari hiruk pikuk bandaraya, menetap di Fare Ti’i Villa memang terasa mendamaikan. Penginapan di villa ini kami beli melalui Hotel.com. Harganya lebih kurang RM 2119 untuk 2 Villa ( ada 2 bilik untuk setiap villa) bagi 5 hari 4 malam. Boleh klik disini dan cari  Fare Ti’i Villas, Canggu, Indonesia. Strongly recommended, mesti tak menyesal..


Save up to 55% on top destinations when booking through your phone! Great Deals while you’re on the go

 

6 DSC_0476 DSC_0480 DSC_0490 DSC_0494 DSC_0495 DSC_0502 DSC_0516 DSC_0998 DSC_1002 DSC_1008

Makanan

Penduduk Bali adalah beragama Hindu. Jadi jangan terkejut kalau anda boleh lihat banyak warung yang bertulis “Babi Guling” yang ditulis dalam bahasa Indonesia dan sebagainya. Walaupun begitu, di sini juga ada penduduk Islam yang kebanyakannya adalah pendatang dari daerah lain di Indonesia. Oleh kerana majoriti penduduk Bali ialah beragama Hindu, maka jika ingin ke sini dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pemandu yang beragama Islam. Mereka ini lebih arif mengenai bab makanan yang halal dan lokasi masjid di sini. Mengikut nasihat Pak Supir Eddie, kalau nak selamat terhadkan makan di warung masakan Padang atau Minang. Selalunya jika warung tersebut meneyediakan makanan berasaskan daging lembu, ianya adalah halal kerana penganut Hindu tidak makan daging lembu. Selain itu, makanan fast food seperti McDonalds dan juga KFC adalah halal di Bali.

Cuaca

Semasa saya datang ke bali, cuaca meman sangat panas. Lagi panas dari Malaysia rasanya. Mengikut kata Pak Supir, sudah 6 bulan tidak ada hujan di Bali. Sebagai persediaan, boleh lah bawa topi, pakai baju yang nipis, bawa krim sun block dan sebagainya. Kalau bawa budak budak, lebih bagus bawa lah ubat ubatan untuk demam atau selesema sebagai persediaan. Nak bawa untuk orang dewasa pun bagus juga. Disebabkan cuaca yang panas, 2 anak saudara saya mengalami demam ketika di sana.

Bersambung di sini: Percutian ke Bali (2)

53 responses to “Percutian ke Bali (1)

  1. Pingback: Percutian ke Bali @ 2016 | MudaBahaya·

  2. Wasalam saye pak eddie supir muslim bali siape siape yg nak datang bali boleh wahatsApp saye di +6285253107464
    Insak alloh berpuas hati gene kami supir muslim di bali untuk harge insak alloh berpatutan

  3. Salam bali memang best .kawan rekan rekan semua bila mau datang bali boleh merugi bila tak tau ke indahan pulau bali pulau seribu tempel

  4. Klu datang bali insak alloh tak boring bali best .tempat lawatan cantik cantik di jamin puas hati

  5. Eddie supir muslim bali bila siapa nak datang bali boleh guna hikmad eddie whatsApp+6285338366086 insak alloh harga berpatutan

  6. Bila mau datang bali mau nal cari supir muslim boleh whatsApp +6285338366086 pak eddie supir muslim bali harge berpatutan .amin

  7. Salam siapa yg nak datang bali boleh guna supir pak eddie supir muslim bali insak alloh harge berpatutan whatsApp+6285253107464

  8. Bila abang & kakak mau datang melawat di bali blm ada supir untuk hantar melawat boleh guna hikmad pak eddie supir bali muslim insak alloh harga perpatutan boleh whatsApp +6285253107464

  9. Bali memang cantik siapa yg nak datang bali boleh guna hikmad pak eddie supir muslim bali whatsApp+6285253107464/+6285338366086

  10. Salam rekanan bila nak datang bali boleh guna hikmad pak eddie supir muslim bali di jamin harga berpatutan boleh WA.+6285253107464

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s