Beli Barangan Sukan @ Sneaker Street HK

Sesiapa yang minat sukan macam saya, boleh lah singgah kat tempat ini yang dinamakan “Sneaker Street” ini. Seperti namanya, Sneaker Street ini terkenal sebagai tempat membeli peralatan sukan contohnya kasut sukan, jersi, raket, badminton, tenis dan sebagainya. Sneaker Street ini terletak di jalan Fa Yuen street, Mongkok dan ianya terletak tidak jauh dari Ladies Market. Jadi kalau dah terlanjur datang ke Ladies Market, apakata bagi peminat sukan khususnya kaum lelaki boleh lah datang untuk shopping kat Sneaker Street ni.

Exif_JPEG_PICTURE

Memandangkan ianya terletak berdekatan sahaja dengan Ladies Market, jadi cara untuk datang ke Fa Yuen street adalah sama sahaja seperti ke Ladies Market. Boleh rujuk di post saya bagaimana untuk datang ke Ladies Market di sini: Ladies Market.

Kalau nak survey dahulu kedai kedai yang ada di Fa Yuen Street, boleh juga rujuk di website khusus untuk Sneaker Street ini: website sneaker street HK

sneaker-street-side-hd ball

Dikatakan di Fa Yuen Street ini, ada lebih kurang 50 buah kedai yang menjual barangan sukan dan harganya memang berpatutan. Contohnya kasut sukan Puma yang saya beli di Fa Yuen Street minggu lepas cuma berharga HKD299/RM 130 (selepas diskaun) berbanding harga asal HKD599/RM260. Bagi saya ia memang berbaloi sebab boleh dapat ampir 50% diskaun, tempat lain memang tak boleh dapat rasanya. Sama juga dengan raket badminton Yonex yang saya beli, harga asal HKD 890 tetapi selepas diskaun hanya HKD690. Lagi satu yang paling penting ialah barangan di sini adalah original, bukannya tiruan.

DSC_0081

DSC_0083

So bagi sesiapa yang datang melancong ke Hong Kong, tak semestinya nak membeli belah di HK ni terhad kepada wanita sahaja. Ada juga tempat untuk kaum lelaki nak membeli barang seperti di Sneaker Street ni, sama ada untuk kegunaan sendiri atau sebagai cenderahati untuk di bawa balik ke Malaysia.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

6 responses to “Beli Barangan Sukan @ Sneaker Street HK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s