Resepi Pisang Goreng – Banana Fritters with Chocolate Sauce and Desiccated Coconut

Pisang goreng panas….pisang goreng panas. Memang sedap lah makan pisang goreng panas especially bila sekarang masuk musim autumn yang dah start sejuk kat sini. Hari ni saya nak jadi macam mak mak sikit, nak kongsi sedikit resepi. Resepi sihat bagus untuk anak anak. Zaman moden sekarang ni bab-bab nak jaga anak tak semestinya semua mak kena buat, bapa pun kena ambil tahu sama.

Actually wife saya yang masak pagi tadi sebenarnya, sebelum saya hantar Eiman pegi belajar kelas taekwondo jam 10:00 pagi. Saya just tolong prepare bahan-bahan apa yang patut. Jom lah tengok macam mana nak buat.

Pisang Goreng Bersalut Sos Coklat dan Kelapa Parut

Bahan Bahan
– 5 biji pisang (lebih elok pakai pisang rastali)
– 150 g tepung gandum
– Secubit garam
– 100 ml air
– 50 g kelapa parut
– 30g biji bijan
– 1/2 cawan cokelat gelap, dicairkan

Cara Memasak
– Gaulkan tepung, air, garam dan biji bijan sehingga sebati
– Salut pisang dengan bancuhan, salut dengan kelapa parut
– Goreng pisang dengan “air fryer” pada suhu 170 darjah celcius selama 8 minit
– Letak sedikit coklat cair dan kelapa parut di atas pisang goreng yeng telah di masak

DSC_0095  DSC_0101

Senang je lah resepi ni. Orang bujang pun boleh masak sendiri, mesti menjadi. Eiman pun suka makan juga. Walaupun dia ni memang sedikit pemilih dalam soal makan, tapi pisang goreng memang salah satu makanan kegemaran dia.

Kejap..pisang goreng? Makanan berminyak macam ni betul ke sihat untuk budak-budak? Actually kalau nak jadi resepi yang sihat kena masak dalam “air fryer” jenama Philip macam yang saya sebut kat cara masakan kat atas. Tak perlu guna minyak, masuk dalam periuk, set timer dan biarkan saja. Tak perlu risau pisang goreng hangit dan semestinya lebih sihat sebab tak payah guna minyak. Duduk kat HK ni stress sikit sebab memang kena jaga badan. Diorang memang mementingkan kesihatan dan memang susah le nak jumpa orang HK gemuk-gemuk macam kat Malaysia. Nak tak nak, memang kena rajin pegi bersukan dan makan makanan yang sihat 🙂

philips-airfryer-digital-fries-bakes-roasts-grills-3

By the way, kalau takder “air fryer” boleh juga nak guna cara traditional deep fry masak dalam kuali. Cumanya nanti jadi resepi tak berapa nak sihat lah especially untuk budak budak. Selamat mencuba..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s