Hong Kong Space Museum

Kalau anda berada di kawasan Avenue of Stars tentu akan perasan sebuah bangunan yang berbentuk kubah berwarna putih. Bangunan berbentuk kubah ini sebenarnya adalah Hong Kong Space Museum. Sekarang ini Eiman memang berminat nak tahu tentang angkasa lepas. Kalau pegi library pun, memang dia akan pinjam buku pasal planet planet dan bintang bintang. Tak tahu minat tu datang dari mana. Sebelum ni memang dia suka nak tahu pasal kapal terbang, tapi sekarang minat dia beralih ke planet-planet pula. Oleh sebab dia minat sangat pasal angkasa lepas, kitorang ajak dia pegi ke Hong Kong Space Museum pada Sabtu lepas.

1.4.4.2.3-Hong-Kong-Space-Museum_03

Seperti yang saya sebut di atas, muzium ini berdekatan dengan Avenue of Stars. Jadi kalau nak pegi ke sana naik MTR, boleh keluar di MTR East Tsim Sha Tsui Station Exit J. Dari situ boleh jalan lebih kurang 10 minit untuk ke muzium ini.

DSC_0083 DSC_0092 DSC_0090

Tiket masuk ke Hong Kong Space Museum ini agak murah,HKD 10 untuk dewasa dan HKD 5 untuk kanak kanak. Umur 4 tahun kebawah boleh masuk free. Waktu operasi pula adalah:-

Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat : 1:00 pm – 9:00 pm
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10:00 am – 9:00 pm
Selasa: Ditutup kecuali Cuti Umum

DSC_0168

Ada 2 kawasan pameran utama di muzium ini iaitu Hall of Space Science di tingkat bawah dan Hall of Astronomy di tingkat 1. Di Hall of Space Science ada dipaparkan mengenai sejarah penerokaan angkasa manusia. Di sini juga boleh cuba pameran interaktif yang disediakan, contohnya boleh duduk atas ‘gyrochair’, berjalan di atas gravity bulan dan juga ada ‘mock up’ kapal angkasa. Manakala di Hall of Astronomy pula memperkenalkan pengunjung kepada sistem solar, bintang dan alam semesta. Dengan bantuan peralatan elektronik interaktif dan pameran, pengunjung boleh mempelajari tentang system solar dan planet planet.

DSC_0101 DSC_0114 DSC_0133 DSC_0136 DSC_0139 DSC_0144 DSC_0146 DSC_0149 DSC_0160 DSC_0174

So, best ker muzium ni? Bagi saya takder lah best sangat. Eiman pun cakap macam tu juga. Permainan interaktif yang disediakan pun tak berapa menarik, mungkin agak ketinggalan bagi saya. Tapi disebabkan tiket pun murah, takder lah rasa rugi sangat. Sekurang kurangnya Eiman boleh tengok juga model Space Suit dan juga Space Shuttle kat sini.

Jadi kalau pelancong yang datang melawat Hong Kong, boleh skip le kot tempat ni dari itinerary. Lebih baik pegi ke National Museum of History yang saya rasa lebih menarik. Boleh rujuk di sini tentang muzium tersebut: National Museum of History.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s