Tunjuk Perasaan @ Protes di Hong Kong

Secara amnya Hong Kong merupakan sebuah negara yang selamat untuk dilawati. Boleh rujuk post saya di sini mengenai keselamatan kota Hong Kong (Selamat Melancong ke Hong Kong?).  Namun begitu, disebabkan berlakunya tunjuk perasaan dan protes baru baru ini, ramai juga yang bertanya kepada saya adakah HK masih selamat untuk dilawati? Ada juga yang ingin menangguh atau membatalkan terus pelan lawatan di atas sebab sebab ini. Apa yang dipaparkan di TV atau di internet maybe nampak macam serius juga keadaan protes di HK ini. Jadi pada post kali ini, biarlah saya beri pandangan peribadi saya mengenai tahap keselamatan di HK untuk kebaikan bersama.

HK-protest_3058156b

Ketika post ini ditulis, memang protes dan tunjuk perasaan masih belum habis. Punca sebenar mengapa protes ini berlaku adalah kerana sebahagian rakyat HK tidak berpuas hati dengan proses pemilihan Chief Executive (jawatan nombor 1) Hong Kong yang dijangka diadakan pada 2017 nanti. Tidak perlu saya huraikan dengan lebih lanjut, tapi secara dasarnya sebahagian penduduk HK tidak berpuas hati dengan proses pemilihan baru ini dan beranggapan proses baru ini tidak 100% demokratik dan ada campur tangan dari Central Government Beijng.

Berbalik kepada persoalan sama ada masih selamatkah untuk pelancong melawat HK ketika ini, secara peribadi saya merasakan anda tidak perlu menangguh atau membatalkan pelan yang telah anda rancang. Protes dan tunjuk perasaan ini hanya berlaku di kawasan Mongkok, Admiralty, Wanchai dan juga Causeway Bay. Tempat tempat lain berada dalam kedaan seperti biasa sahaja, seperti tiada apa apa berlaku. Kedai kedai, tempat tumpuan pelancong dan pengangkutan awam berfungsi secara normal. Saya sendiri pada minggu lepas berada di bandar membawa keluarga mertua saya berjalan jalan, dan memang perjalanan kami berjalan seperti biasa dan tidak ada effect apa apa pun.

54358f71f2f192ac5aefdf7f_umbrella-revolution-hong-kong

Namun bagi sesiapa yang ingin melancong ke HK ketika ini dan masih berasa bimbang, nasihat saya adalah:-
a. Elakkan Ladies Market atau Causeway Bay (Wan Chai Mosque) dalam jadual anda sebab 2 tempat ini agak hampir dengan kawasan tunjuk perasaan. Tempat tempat lain boleh pergi
b. Elak guna bas sebab sebahagian jalan mungkin ditutup. Kalau nasib tak baik boleh terperangkap dengan kesesakan. Better guna MTR nak ke mana mana
c. Kalau dari airport ke bandar atau dari bandar ke airport, better guna Airport Express dan juga MTR. Kalau nak naik teksi atau bas, sekurang kurangnya bagi lebih sikit masa kalau kalau berlaku kesesakan lalulintas disebabkan jalan ditutup.

Tidak ada sebab untuk pelancong untuk berasa bimbang tentang keselamatan ketika disini. Cuma perjalanan mungkin sedikit terganggu disebabkan lalu lintas jika anda memilih menggunakan teksi atau bas. Kalau yang lain lain, rasa macam biasa sahaja. Itu saja pandangan peribadi saya tentang keadaan HK ketika ini, saya harap sedikit sebanyak ia dapat membantu.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

10 responses to “Tunjuk Perasaan @ Protes di Hong Kong

  1. hi… saya jngka nk pegi on April 2015…
    tp news kata mungkin berlarutan smpai june 2015..
    tp kami still nk pegi juga… agak sedih x boleh shopping di ladies market… area tsim tsa tsui ok x… ingat nk amik guest house kt situ ja…
    any idea x yg sama mcm ladies market…. sbb aritu saya pegi best…

  2. Naik MTR hingga Central, jalan ke jeti atau harbour, perhatikan Hong Kong Harbour Museum, cari Subway dan selang beberapa kedai ada SunSun store, fridge magnet , key chain serta minuman tin/air botol lebih murah berbanding Ladies’s Market.. air dia jual HK 4.00 setiap satu jadi murah berbanding 7-11. Key chain dari HK12.00 setiap satu, fridge magnet dia pun ada kualiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s