[Aeroangakasa] Enjin Pesawat GE9-X

Enjin adalah merupakan komponen yang termahal yang dipasang pada sesuatu pesawat. Contohnya enjin General Electric GE90 pada pesawat Boeing 777-300ER berharga USD24 juta sebuah. Begitu juga dengan kos membaiki dan menyelenggara enjin pesawat, memang sangat mahal. Sebab itu lah pembuat kapal terbang seperti Boeing akan memasang enjin pesawat hanya pada fasa terakhir untuk mengelak kerosakan ketika proses pemasangan bahagian bahagian pesawat yang lain. blog_GE9X Baru baru ini, pembuat enjin General Electric (GE) datang ke tempat kerja saya untuk taklimat dan juga pembentangan. Pada kali ini mereka datang untuk memberi penerangan tentang enjin terbaru mereka iaitu GE9X. Sebelum pesawat baru Boeing 777-X ini memasuki perkhidmatan, memang syarikat pembuat enjin selalunya akan memberi taklimat dan latihan dahulu kepada syarikat penerbangan yang memesan pesawat ini sebagai persediaan awal. Enjin terbaru ini akan dipasang pada pesawat Boeing yang terbaru keluaran mereka iaitu Boeing 777-X. Yang bestnya sesi penerangan ini juga mengandungi persembahan video dalam versi 3D. Amat menarik juga bila ditunjukkan mengenai bahagian bahagian komponen enjin dalam bentuk 3D movie, nampak macam real saja. YMAIL_ATTACH_1413473655871_image YMAIL_ATTACH_1413473666176_image Mengikut apa yang diterangkan, enjin terbaru GE9X ini dikatakan mempunyai 10% pembakaran lebih baik dan juga 5% lebih jimat minyak berbanding enjin sebelum ini seperti model GE90. Walaupun 5% jimat minyak nampak macam kecil sahaja, tetapi sebenarnya bagi operator dan syarikat penerbangan penjimatan 5% penggunaan minyak boleh mengurangkan kos berjuta juta USD sebenarnya. Kalau nak tahu, lebih kurang 35% – 45% kos operasi adalah datang dari minyak. Sebab itu kalau airline itu tidak mencatat untung, selalunya dia akan salahkan kenaikan harga minyak sebagai faktor utama. Bermacam macam cara sebenarnya airline cuba untuk mengurangkan kos penggunaan minyak dan ia melibatkan pelbagai jabatan dalam airline itu sendiri. Contohnya dalam jabatan flight operation, pilot tak boleh terbangkan pesawat terlalu laju untuk jimatkan minyak. Salah satu performance index (KPI) pilot itu sendiri ialah diukur dengan berapa banyak minyak diorang boleh save. b777_9x_demo_scheme_1_by_agnott-d695575 Berbalik tentang enjin GE9X tadi, salah satu lagi yang menarik ialah penggunaan bahan baru bagi fan blade iaitu Ceramic Matrix Composite (CMC). Kalau nak tahu apa itu fan blade, ia merupakan bilah enjin pesawat yang boleh kita lihat pada hadapan enjin. Dikatakan penggunaan bahan CMC ini menjadikan fan blade ini lebih nipis, ringan dan lebih kuat. So, say goodbye kepada bahan logam (metal), sekarang dah tak main lagi bahan logam yang berat berat ni. GE90_blades_dsc04669 Engine Fan Blade

Secara kesimpulannya, pesawat baru Boeing 777-X dengan enjin GE9X memang nampak promising. Lagipun mengikut pengalaman saya sendiri bekerja dengan pesawat Boeing 777-300ER yang menggunakan enjin GE90 sekarang, performance Boeing 777-300 ER ini memang bagus dan tak banyak masalah reliability. Dengan teknologi baru, jadi diharapkan pesawat Boeing 777-X sepatutnya lebih baik dari model yang sebelumnya.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s