National Museum of History of Hong Kong

Berminat untuk mengetahui tentang sejarah bandar Hong Kong dalam masa yang singkat? Saya cadangkan anda masukkan National Museum of History of Hong Kong dalam jadual anda ketika melawat ke Hong Kong. Muzium ini terletak di kawasan Tsim Sha Tsui, jaraknya tidak jauh iaitu 1.2 km sahaja dari Avenue of Stars. Lihat di sini untuk post saya mengenai Avenue of Stars.

1.4.4.3.4-The-Hong-Kong-Museum-of-History_03

Untuk lebih mudah dan senang, anda boleh datang dengan menaiki MTR untuk ke sini:

– MTR Tsim Sha Tsui Station Exit B2. Jalan melalui Cameron Road ke arah Tsim Sha Tsui East lebih kurang 20 minit
– MTR Jordan Station Exit D. Jalan melalui Austin Road ke arah Tsim Sha Tsui East lebih kurang 20 minit
– MTR East Tsim Sha Tsui Station Exit P2. Jalan ke arah Chatham Road South lebih kurang 10 minit

Untuk harga tiket pula adalah HKD 10 untuk dewasa dan HKD 5 untuk kanak kanak. Waktu operasi untuk muzium ini adalah:

Isnin, Rabu sehingga Jumaat : 10 pagi – 6 ptg
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum: 10 pagi – 7 ptg
Ditutup pada hari Selasa

Saya melawat muzium ini pada hari Ahad lepas. Bercakap tentang muzium, pasti ramai yang beranggapan ianya adalah tempat yang “boring”. Namun begitu, selepas melawat National Museum of History of Hong Kong ini, saya dapati bukan semua muzium adalah tipikal dan membosankan.

Muzium ini ada 7 bahagian. Tapi yang paling menarik bagi saya adalah bahagian The Folk Culture in Hong Kong dan juga the Opium Wars.

The Opium Wars

Panjang kalau nak cerita pasal Opium War ni. Tapi secara ringkas, ia bermula apabila British menperdagangkan opium (candu) kepada China oleh British India Company. Disebabkan opium digunakan sebagai salah satu ubat dalam perubatan Cina, maka banyak permintaan untuk opium ini. Kemudian British mula memperbanyakkan eksport opium ke China untuk mendapatkan lebih banyak untung, jadi makin ramai orang Cina yang ketagih opium walaupun tujuan asal opium adalah untuk perubatan.

Kerajaan China (Qing Dynasty) ketika itu sedar perkara ini, jadi mereka cuba mengharamkan import opium ke China, tetapi orang British tak peduli. Mereka masih mengimport opium ke China dengan pelbagai cara termasuk merasuah pegawai kerajaan china dan juga menggunakan penyeludup. Kemudian kerajaan China cuba halau orang British dari China, Orang British menolak dan berlindung pula ke Macau.

Rentetan peristiwa ini, tentera laut British menyerang pelabuhan China di Hong Kong maka terjadilah perang yang dinamakan perang Opium. China kemudiannya kalah dalam perang Opium itu dan terpaksa menandatangani perjanjian Nanking dengan British.

Antara isi perjanjian Nanking itu ialah:-

– British dibenarkan berdagang semula di pelabuhan pelabuhan China yang mana-mana diorang suka (sebelum perang hanya boleh berdagang dipelabuhan kawasan Guandong sahaja)
– Hong Kong diserahkan kepada British
– China terpaksa mambayar pampasan yang besar kepada British disebabkan perang Opium

Maka dari situlah bagaimana Hong Kong menjadi sebahagaian tanah jajahan di bawah British. Bijak dan licik kan orang British ni?

DSC_0207

The Folk Culture In Hong Kong

Dibahagian ini dipaparkan beberapa tradisi masyarakat di Hong Kong yang masih diamalkan sehingga hari ini. Pameran sperti pakaian tradisional, festival, gambaran bagaimana cara hidup tradisional orang Hong Kong pada zaman dulu juga dipaparkan di sini.

DSC_0202 DSC_0198

DSC_0182 DSC_0177 DSC_0171 DSC_0169

Selain daripada bahagian The Opium Wars dan The Folk Culture In Hong Kong, terdapat bahgian bahagian yang lain seperti zaman Pra-Sejarah, Ketika zaman pemerintahan Dinasti China, zaman pendudukan Jepun, zaman pemerintahan British dan juga zaman selepas pengembalian ke China.

DSC_0219DSC_0211

Memang berbaloi datang ke sini untuk menghabiskan beberapa jam, bukan sahaja untuk melihat sejarah, tetapi juga memahami bagaimana kota raya Hong Kong ini dibina sehingga ke hari ini.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

5 responses to “National Museum of History of Hong Kong

  1. Pingback: Hung Chinese Restaurant – Chungking Mansion | MudaBahaya·

  2. Pingback: Avenue of Stars – TST | MudaBahaya·

  3. Pingback: Hong Kong Space Museum | MudaBahaya·

  4. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

  5. Pingback: Tsarskoye Selo | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s