Hung Chinese Restaurant – Chungking Mansion

Memandangkan kami berada di Tsim Sha Tsui untuk ke National Museum of History Hong Kong, kami makan tengah hari di kawasan ini sahaja. Area Tsim Sha Tsui memang banyak restoran makanan halal. Jadi kalau berada di kawasan ini, makan bukan lah menjadi satu masalah.

Selalunya saya akan makan di Restoran Ma untuk Chinese food. Tetapi kali ini saya ingin cuba satu lagi restoran baru yang menyediakan makanan Cina halal. Ia terletak di dalam bangunan yang dinamakan Chungking Mansion. Chungking Mansion terkenal di kalangan backpackers kerana di sini terdapat banyak guest house untuk pelancong menginap.  Lagi satu, ia terkenal kerana memang banyak kedai halal yang ada di dalam bangunan ini. Untuk datang ke Chungking Mansion, menaiki MTR adalah cara yang paling senang.  Stesyen yang terdekat adalah stesyen Tsim Sha Tsui dan keluar exit (D1, N5, C1, H) untuk ke Chungking Mansion

Kebanyakannya tempat makan di Chungking Mansion adalah restoran Pakistan atau India. Namun begitu, ada satu kedai halal Cina yang baru dibuka iaitu Hung Chinese Restaurant di dalam bangunan Chungking Mansion. Alamat kedai ini ialah:-
Shop 14, G/F, Chungking Mansion, 36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon.

DSC_0084

DSC_0094

Dari segi rasanya bagi saya ok saja lah. Berbanding Restoran Ma, harga di restoran ini sedikit mahal dan makanan di Restoran Ma lebih authentic saya rasa. Tapi portion makanan di sini memang agak besar.

DSC_0092

Beef Brisket Nodle with Raddish

DSC_0097

DSC_0101

Singapore Style Stir Fried Rice Vermicelli with Shrimp

DSC_0105

Stir Fried Shredded Beef & Noodles with Black Pepper

DSC_0109

Stewed Salted Fish & Minced Chicken with Bean Curd in Pot

Kalau sesiapa yang datang ke Chungking Mansion, boleh lah cuba makan di restoran ini. Selamat menjamu selera.

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

5 responses to “Hung Chinese Restaurant – Chungking Mansion

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s