Ho Chi Minh City – 4

Terdapat beberapa tempat yang menarik boleh dilawati disekitar bandar HCMC. Salah satunya ialah Muzium Perang. Di muzium yang penuh kontroversi ini, anda bakal melihat tinggalan perang dan kekejaman tentera penceroboh Amerika ke atas warga Vietnam. Dengan lebih 20,000 dokumen, photo, dan bahan pameran yang merakam kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh warganya semasa perang Vietnam, anda mungkin perlu membawa tisu bagi mengesat air mata yang jatuh berderai bila melihat gambar-gambar yang ada di sini. Jika anda mahu melihat bukan sahaja peluru, kereta kebal atau helikopter tetapi melihat apa yang sanggup dibuat oleh manusia terhadap manusia lain atas nama demokrasi, ini tempat yang anda wajib tuju di Ho Chi Minh. Waktu operasi adalah dari jam 7am-12pm, kemudian bersambung dari jam 1.30pm – 5pm. Ianya terletak hanya 1.3 km dari pasar Ben Thanh. Boleh pilih untuk jalan kaki atau naik teksi pun boleh. Bayaran tesi dari pasar Benh Thanh ke muzium adalah sebanyak 30,000 Dong.
DSC_0165

DSC_0171

DSC_0176

DSC_0184

DSC_0187

DSC_0189

Salah satu tempat siksaan zaman perang

Seterusnya kami ke Saigon Notre Dam Cathedral. Bangunan ini merupakan bangunan bersejarah peninggalan penjajah Perancis dan ianya dibina antara 1877 dan 1883, Dibuka pada jam 09:00-11:00, setiap hari Isnin hingga Sabtu.

DSC_0218

DSC_0196

DSC_0241 DSC_0245

Bersebelahan dengan Notre Dam Cathedral ini ialah pejabat pos HCMC. Apa yang istimewanya disini? Reka bentuk bangunan ini unik dan menarik, lain daripada yang lain. Salah satu bangunan tinggalan penjajah yang ada di bandar HCMC ini. Selain itu, di dalam pejabat pos ini ada disediakan poskad percuma. Jadi bolehlah hantar poskad kepada saudara mara anda jika berminat.

DSC_0249 DSC_0256 DSC_0284 DSC_0300 DSC_0309 DSC_0325

Tidak jauh di belakang pejabat pos HCMC ialah Hard Rock Cafe. Kebetulan ketika kami sampai di sini, hujan lebat mencurah- curah. Nasib baik kami sempat sampai dan berehat di coffee shop sambil menunggu hujan reda.

DSC_0340 DSC_0345

Habis bersiar siar, kami menuju ke Taka Plaza. Di Taka Plaza banyak menjual baju- baju moden seperti blouse, kemeja, t-shirt, kasut dan sebagainya. Selepas Taka Plaza, kami menuju ke Saigon Square iaitu salah satu lagi tempat membeli belah. Dari Taka Plaza ke Saigon Square boleh walking distance juga, lebih kurang 10 minit perjalanan.

270920111974 Blog-Shopping-Saigon-1

Keesokan harinya merupakan hari terakhir kami di sini. Memandangkan flight kami adalah jam 7 ptg, kami menuju ke tempat terakhir sebelum berangkat pulang iaitu China Town atau pasar Binh Tay. Sebenarnya harga barang -barang disini ternyata lebih murah berbanding apa yang ada di Bhen Thanh. Jadi adalah lebih baik survey di China town dahulu sebelum membeli belah di pasar Bhen Thanh. Di sini kain ela dan makanan kering seperti gajus boleh dibeli secara retail tetapi barang-barang seperti kasut hendaklah di beli secara wholesale.Di sini juga terdapat kedai yang menjual pakaian dan beg. Kami menaiki teksi ke sini dengan perjalanan mengambil masa dalam 15 ke 20 minit. Tambang ke China town dari district 1 adalah lebih kurang 150, 000 Dong.

binh_tay_market the-two-floors-of-binh

Lebih kurang 4 petang, kami menuju ke airport untuk mengambil flight balik ke Hong Kong. Setakat ini sahaja pengalaman saya mengenai Ho Chi Minh City. Actually ada beberapa tempat lagi yang kami tak pergi seperti Sungai Mekong dan Terowong Chu Chi. Sengaja kami skip memandangkan ada budak kecil, so leceh sedikit,

Selain membeli belah, apa yang menarik di Ho Chi Minh City adalah kita dapat melihat bagaimana kehidupan masyarakat di sini di bawah pengaruh komunis. Merata -rata kita akan dapat melihat lambang parti komunis di bangunan dan poster poster yang berkaitan dengan komunisme. Kita juga akan dapat melihat kesan perang terhadap manusia sebab anda boleh jumpa manusia yang tanpa tangan, kaki atau cacat akibat perang. Walaupun tak berkesempatan melawat semua tempat, tapi ok juga lah saya rasa pengalaman untuk short trip kali ini di Ho Chi Minh City.

One response to “Ho Chi Minh City – 4

  1. Pingback: Ho Chi Minh City – 3 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s