Ho Chi Minh City – 3

Untuk mendapatkan makanan halal di HCMC tidak sukar dan agak mudah, Mungkin juga sebab pelancong dari Malaysia ramai yang datang ke sini, jadi restoran Melayu tumbuh untuk memenuhi permintaan yang meningkat. Pada malam pertama saya di sini, kami menikmati makan malam di Restoran Seri Penang. Restoran ini milik orang Malaysia sebenarnya dan terletak tidak jauh dari pasar Benh Thanh juga. Alamatnya ialah :43 Hung Vuong Dist 5, Ho Chi Minh, VN Tel: 84 8 38330342. Restoran ini ada menyediakan makanan melayu dan juga vietnam.

DSC_0100

DSC_0103

DSC_0109

DSC_0117

DSC_0119

Sempat snap gambar Qaleesya dan Eiman sambil tunggu makanan

DSC_0122

Makanan Vietnam paling popular di kalangan penduduk setempat, Pho Bo atau Beef Soup Noodle

DSC_0123

Claypot Chicken Rice

Jika berada berhampiran pasar Ben Thanh, di “Jalan Malaysia” sahaja, terdapat 4-5 buah restoran halal. Kebanyakan menyediakan makanan melayu dan juga masakan Vietnam yang halal. Saya sempat snap beberapa gambar restoran halal yang ada. Actually ada lagi beberapa restoran, contohnya restoran nasi beriani nabil dan sebagainya, tapi saya tak sempat ambil gambar.

DSC_0357 DSC_0359

Makan di Restoran Basiroh, harganya agak berpatutan berbanding dengan restoran- restoran yang lain. Makan di sini tidak dikenakan tax sebanyak 10%.Boleh cuba makan murtabak Vietnam, karipap dan juga kuih bingka.

DSC_0361 DSC_0364

Pada malam kedua, kami makan di restoran 1 Malaysia. Nasihat saya, jangan makan di Restoran 1 Malaysia ini. Harganya sangat mahal, portionnya kecil dan tak sedap. Jadi memang tak berbaloi. Memang rata- rata makanan halal di sini mahal harganya, tetapi restoran lain kualiti memuaskan dan rasa lebih sedap, takde lah rasa tak berbaloi nak bayar, Patut lah masa kami masuk, tak ada pengunjung pun yang makan di sini. Cuma pekerjanya sahaja yang ada.

DSC_0380

Malam terakhir kami menjamu selera di restoran Serai. Ia juga dikenali sebagai Malaysia Kitchen kerana serba serbi menu di sini adalah masakan Malaysia. Siap ada pemandangan Kuala Lumpur lagi di dinding restoran ini. Alamat restoran tersebut ialah Serai Restaurant 22, Thu Khoa Huan Street, Ben Thanh Ward, Dist. 1, Ho Chi Minh City Tel : +84.8 6684 4820.

Terletak di hadapan restoran Serai, terdapat 2 lagi restoran halal iaitu Kasim Baba dan juga Restoran Halia.

DSC_0383

DSC_0378

Walaupun senang nak cari makanan halal, tetapi harga makanan di HCMC boleh di katakan mahal kalau  nak dibandingkan dengan harga di Malaysia . Satu meal contohnya beef noodle atau nasi goreng di restoran serai atau seri penang berharga dalam VND 145,000 (RM 22). Jika makan di restoran Basiroh mungkin harga lebih murah. Tetapi di Restoran Basiroh, pilihan menu tidak banyak dan menunya mungkin sama sahaja setiap hari.

Walau apa pun, tak kisah lah mahal atau murah, yang penting halal dan senang nak cari. Lagipun kita berada di negara orang, tak boleh lah kalau nak samakan dengan keadaan di negara sendiri. Berbanding di negara lain yang saya pernah pergi, HCMC mempunyai lebih banyak pilihan makanan halal terutama masakan melayu..

Bersambung di sini: Ho Chi Minh (4)

One response to “Ho Chi Minh City – 3

  1. Pingback: Ho Chi Minh – 2 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s