Ho Chi Minh City – 1

Tak banyak lagi negara yang tinggal di dalam dunia ini yang mengamalkan fahaman komunisme dan sosialis selepas kejatuhan era Kesatuan Soviet. Selain China, Cuba, Korea Utara serta Laos, Vietnam juga merupakan salah satu dari 5 negara tersebut.  Vietnam juga terkenal dengan perang Vietnam yang melibatkan Vietnam Utara (Komunis Viet Cong) dan juga Vietnam Selatan (golongan anti komunis di sokong oleh Amerika Syarikat) yang menyebabkan kematian berjuta juta orang. Kemenangan pihak Vietnam Utara akhirnya menyebabkan seluruh negara ini berada di bawah pemerintahan komunis sehingga hari ini.
DSC_0223

a1

Catatan kali ini adalah berkisarkan tentang perjalanan saya dan keluarga ke kota Saigon atau nama rasminya Ho Chi Minh City (HCMC). Tidak ada perancangan yang rapi sebenarnya untuk ke sana, sengaja saya ambil peluang cuti panjang  di HK untuk membawa ibu/bapa mertua saya yang datang melawat kami di HK ke HCMC.

saigon-night-view

Ho Chi Minh City, yang dahulunya dikenali sebagai Saigon iaitu bandar yang terbesar di Vietnam. Ia pernah dikenali sebagai Prey Nokor, pelabuhan laut Khmer yang penting pada abad ke-17. Semasa di bawah nama Saigon, ia pernah dibawah kuasa koloni Perancis dan kemudiannya menjadi Vietnam Selatan pada tahun 1955-1975. Pada tahun 1976, Saigon digabungkan dengan Gia Dinh dan secara rasminya dinamakan semula sebagai Bandar Ho Chi Minh (walaupun nama Saigon secara rasmi masih lagi digunakan). Pusat bandar ini terletak di tebing Sungai Saigon, 60 kilometer (37 batu) dari Laut China Selatan dan 1760 kilometer (1094 batu) bahagian Selatan Hanoi,Vietnam.

DSC_0093

DSC_0154

Selepas menaiki penerbangan Cathay Pacific CX765 selama 2 jam 45 min, kami sampai ke Tan Son Nhat International Airport lebih kurang jam 7 petang. Waktu di HCMC adalah lambat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. Tak besar pun sebenarnya airport ini, walaupun ianya bertaraf airport antarabangsa. Selepas habis mengambil bagasi, saya dan keluarga mencari teksi untuk ke hotel. Disebabkan oleh kota HCMC memang terkenal dengan penipuan teksi, saya mengambil jalan selamat dengan membeli tiket prepaid teksi di kaunter. Kita boleh nampak sederet kaunter  yang menjual kupon teksi dan juga money changer sejurus selepas keluar dari pemeriksaan kastam.

Terdapat beberapa kaunter yang menjual kupon teksi, jadi nasihat saya tanyalah semua kaunter yang ada untuk mendapatkan harga terbaik dan mengelak dari di tipu. Sebabnya, kaunter yang pertama yang saya tanya memberitahu yang kami perlu menaiki 2 teksi kerana kami ada 5 orang. Setiap teksi dikenakan caj USD 10, jadi USD 20 semuanya. Kaunter kedua pula cakap boleh guna 1 teksi sahaja (jenis Toyota Innova) dan boleh muat kami 5 orang, hanya USD 13 sahaja dikenakan. Jadi, boleh jimat berbanding apa yang ditawarkan oleh kaunter pertama.

Saya mengambil kupon teksi dari kaunter kedua. Perjalanan dari airport ke bandar HCMC mengambil masa lebih kurang setengah jam atau 40 minit, bergantung kepada keadaan trafik.

images966834_vinasun

Bagi sesiapa yang ingin mengambil teksi sendiri di luar bangunan terminal pun boleh. Sebenarnya lebih murah sedikit jika kita mengambil teksi di tempat menunggu utama. Digalakkan bagi pelancong untuk menggunakan teksi dari syarikat Vinasun atau Mai Linh sahaja untuk ke mana mana. Kalau dari company lain, tak pasti diorang akan guna meter atau tidak.

Namun begitu, jika anda di tempat menunggu utama di luar bangunan terminal, orang yang menjaga teksi di tempat tersebut akan mengarahkan kita untuk mengambil mana mana teksi yang tengah menunggu giliran. Jadi, saya tidak pasti sama ada kita boleh memilih jenis teksi yang mana ingin kita naik atau tidak. Sebab itu saya memilih untuk membeli kupon teksi sahaja di kaunter seperti yang saya ceritakan diatas.

Lagipun, kupon teksi prepaid hanya lebih mahal sedikit (lebih USD 3), jadi tidak jauh berbeza sangat dan saya rasa lebih selamat berbanding di tipu oleh teksi yang enggan menggunakan meter. Untuk ke mana mana di bandar HCMC, saya mengunakan teksi Vinasun sahaja. Nampaknya dari pengalaman saya, teksi jenis ini memang boleh dipercayai dan sentiasa menggunakan meter.

Bersambung di sini: Ho Chi Minh (2)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s