Ho Chi Minh – 2

HCMC memang menjadi tumpuan pelancong pelancong dari Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Buktinya, salah satu jalan di District 1 berdekatan pasar Ben Thanh dipanggil “Jalan Malaysia”. Memang terdapat beberapa restoran halal di sini bercirikan masakan Melayu dan juga masakan Vietnam yang halal di khususkan untuk pelancong – pelancong Malaysia. Jadi nak cari makanan halal memang tak susah. Begitu juga kebanyakan pelancong- pelancong dari Malaysia akan menginap di hotel di kawasan ini. Merata rata memang jumpa orang Malaysia saja di kawasan ini.

b2

Boleh cuba kopi vietnam..memang terkenal di sini. segelas rm 3..

c

Kebanyakan pelancong Malaysia yang datang ke sini adalah untuk membeli belah, terutamanya wanita. Tempat utama untuk membeli belah adalah di pasar Bent Thant. Ben Thanh market ni memang tempat shopping yang wajib pergi di HCMC. Tempatnya sangat strategik di tengah bandar dan dikelilingi oleh banyak hotel. Barangannya sangat murah untuk tujuan bisnes atau keperluan diri sendiri. Kain2 ela, telekung dan aksesori semuanya murah. memang heaven terutama untuk wanita. Memang ramai orang malaysia yang datang memborong terutama kain ela, tudung dan sebagainya. Paling best disini adalah perkhidmatan untuk membuat baju melayu,jubah,baju kurung,baju vietnam dan suit boleh disiapkan dalam tempoh 24 jam dan dihantar terus ke hotel anda. Dan harganya memang murah.

DSC_0140

Pintu masuk pasar Ben Thanh

DSC_0132

Ben-Thanh-Market_Ho-Chi-Minh-City_Vietnam

293944_2415028819787_1373329490_2909113_2001053689_n

DSC_0133 DSC_0134

Memang besar pasar ini, tetapi keadaannya agak sesak dan panas. Kalau membawa kanak- kanak memang tidak berapa selesa sebenarnya. Di sini rata -rata pekedai menerima matawang ringgit untuk membeli belah. Jadi tak perlu nak tukar mata wang Vietnam Dong sebanyak mungkin. Matawang Dong hanya diperlukan untuk membayar makan dan teksi sahaja.

Di luar pasar Ben Thanh juga terdapat banyak lagi kedai -kedai (butik-butik) yang boleh dikunjungi. Sebenarnya, ada sebahagian kedai- kedai di luar pasar Bent Thanh yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding apa yang ditawarkan di dalam pasar Ben Thanh. Mungkin kerana sewa di pasar Ben Thanh lebih mahal, jadi harga pun sedikit mahal. Untuk membeli belah, kemahiran tawar menawar perlu ada. Sebabnya, harga asal yang ditawarkan mungkin lebih mahal. Kalau boleh, survey dan cuba tawar menawar di beberapa buah kedai terlebih dahulu untuk mendapatkan harga terbaik.

DSC_0098

DSC_0081

Pasar malam di kawasan Ben Thanh

Pasar Ben Thanh di tutup pada waktu malam. Tapi jangan risau aktiviti membeli belah masih boleh diteruskan lagi.  Terdapat pasar malam di kawasan sekitar Pasar Ben Thanh. Macam- macam barang ada dijual terutamanya barangan cenderahati, kraftangan, t-shirt, baju dsb. Lagi sekali, skill tawar menawar diperlukan. Contohnya cendera hati kraftangan yang saya beli, harga asal yang di tawarkan ialah RM 50. Namun begitu selepas tawar menawar dan survey di beberapa buah kedai, saya membelinya dengan harga RM 15 sahaja. Jadi memang kena pandai pandai tawar menawar le kat sini supaya tidak tertipu.

Bersambung di sini: Ho Chi Minh (3)

One response to “Ho Chi Minh – 2

  1. Pingback: Ho Chi Minh City – 1 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s