[Engineering] Engineers Code of Ethics – Kod Etika Jurutera

Nampak tajuk macam boring saja kan? Bagi sapa2 yang graduate dalam engineering, tentu tahu yang tajuk code of ethics (ataupun subjek  engineer and society) adalah sebahagian silibus wajib dalam kursus engineering kat mana mana universiti di Malaysia. Cumanya bila time student dulu, hampir semua orang tak ambil berat pasal subjek ni. Masing masing baca buku last minit sahaja bila dah nak exam untuk subjek ini. Ye lah, berbanding dengan subjek subjek hardcore lain yang lebih berat, apalah sangat subjek kod etika ni kan.

Tapi bila dah kerja, tak semua subjek subjek hardcore yang dipelajari kat universiti dipraktikkan kat tempat kerja. Mungkin hanya 10% sahaja kot dapat diamalkan time kerja. Lagi 90%, kena belajar dari pengalaman. Sedar atau tidak, sebenarnya kita banyak menghadapi situasi di tempat kerja yang memerlukan kita untuk membuat keputusan berdasarkan etika dan moral. Etika seseorang itu lah yang akan membezakan dirinya sebagai seorang jurutera yang baik atau tidak.

Sebab apa pula tiba tiba nak cerita hal kod etika ini? Sebabnya pada 2 minggu lepas, saya hadir ke kursus Code Of Ethics/Regulations yang dianjurkan oleh Board of Engineers Malaysia (BEM) di KL. Kebetulan saya balik ke KL pada minggu itu, jadi saya ambil peluang sekali lah. So, saja saya nak cerita apa kesimpulan yang saya dapat melalui kursus tersebut. Actually, kursus ini merupakan salah satu dari 3 kursus wajib sebagai syarat untuk mendaftar sebagai jurutera professional dengan BEM. Lagi 2 kursus wajib ialah Engineering Project Management dan juga Health & Safety at Work. Ketiga tiga kursus ini perlu di ambil sebagai salah satu syarat untuk berdaftar sebagai jurutera professional dgn BEM. Walaupun sy sudah mempunyai kelulusan jurutera professional di HK, tetapi untuk mendaftar sebagai Ir. di Malaysia, saya perlu juga memenuhi syarat syarat yang dikenakan oleh BEM.

bem1

Apa sebenarnya yang dinamakan kod etika ini? Kod etika ini sebenarnya adalah prinsip prinsip dan panduan untuk seseorang itu bertindak dan melaksanakan tugas dengan integriti dan amanah. Semua kerjaya profesional memang ada kod etika sendiri. Contohnya doktor, diorang pun ada kod etika sendiri macam mana nak layan pesakit dan sebagainya. Sama juga dalam profesyen kejuruteraan, memang BEM ada tetapkan kod etika tetapkan tanggungjawab kita terhadap klien, majikan dan juga masyarakat.Tujuannya cuma satu, nak pelihara keselamatan dan kepentingan orang ramai.

Contoh yang tipikal adalah majikan berkeras untuk menyuruh seseorang itu melaksanakan tugas dengan membelakangkan peraturan. Selalunya atas sebab faktor kewangan atau nak cepat kejar dateline. Memang dilema kalau kena berada dalam situasi begini. Kalau tak ikut arahan, kena black list atau paling teruk kena buang kerja. Ataupun kalau teruskan juga, memang tak senang hati sebab kita tahu kerja yang kita buat itu menyalahi peraturan dan undang undang.

ethics_21-300x199

Kalau dalam situasi ini, apa yang boleh kita lakukan ialah menasihat majikan atau klien tentang akibat dan kesan kalau kita teruskan juga arahan yang diterima, berdasarkan fakta teknikal dan analisis kejuruteraan. Kalau boleh dalam bentuk writing, contohnya surat atau email. Simpan baik baik email atau surat tersebut. Kalau kalau majikan berkeras juga untuk teruskan dan jadi apa apa yang tidak diingini, kita boleh tunjuk bukti kat mahkamah bahawa kita dah laksanakan tanggung jawab kita berdasarkan kod etika. Kalau tak tahan, report sahaja ke pihak berkuasa atau last resort, berhenti saja cari kerja lain. Sebab yang paling utama ialah kepentingan dan keselamatan awam.

Code of Ethics Section 2: The Engineer will have proper regard for the safety, health and welfare of the public in the performance of his/her professional duties. If his/her engineering judgement is overruled by non-technical authority, he/she will clearly point out the consequences. He/she will notify the proper authority of any observed conditions which endanger public safety and health.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Dalam kursus ini, ceramah atau kuliah disampaikan oleh jurutera jurutera yang berpengalaman dalam industri. Banyak kisah kisah berdasarkan pengalaman sendiri diceritakan yang berkaitan tentang kod etika ini. Kisah dapat duit dalam diari, kisah turun naik mahkamah, semua ada. At least, sedikit sebanyak dapat juga jadikan panduan kalau kalau kena berhadapan dengan situasi situasi sebegitu. Yang penting amanah dan bertanggungjawab dalam apa yang kita lakukan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s