English Speech Contest: Animal Sounds by Eiman Naufal

Kata orang, kalau seseorang itu nak mahir dalam sesuatu bahasa, cara paling baik adalah belajar melalui literature/kesusasteraan. Itu kata orang lah, mungkin ada juga betulnya. Tapi yang pasti di Hong Kong ini, ramai lah ibu bapa yang menghantar anak anak kecil pegi belajar drama, theatre play, speech dan sebagainya. Sebab itu pertandingan seperti poem, choral speaking dan sebagainya memang agak banyak dianjurkan di sini dan memang ramai kanak kanak yang menyertainya.

DSC_0094

Sabtu lepas, Eiman berkesempatan menyertai satu pertandingan poem, iaitu sajak bahasa inggeris. Pertandingan 2nd Ching Chung Cup – English Speech Contest ini adalah bagi pelajar pelajar tadika berumur 4-6 tahun. Bagi kategori kanak kanak 5 tahun, setiap peserta perlu membaca sajak yang bertajuk “Animal Sounds”

Animal Sounds

The dog says bow, wow
The cat says meow
The sheep says baa-baa
The little pig says wee-wee
The frog says croak-croak
The hen says cluck-cluck
The cock says cock-a-doodle-doo

Kawan baik Eiman, Jessica pun ada sama menyertainya.

DSC_0077

Qaleesya pun ada sama untuk memberi sokongan kepada abangnya.

DSC_0084 DSC_0074

Saya ada merakam performance Eiman ketika membaca sajak di atas pentas. Boleh tengok macam mana Eiman baca sajak di link youtube kat bawah ni:-

Walaupun Eiman tak memenangi pertandingan ini, tapi ok jugak lah saya rasa persembahan Eiman memandangkan ini kali pertama dia berada di pentas. Orang dewasa pun pasti ramai yang rasa nervous bila di pentas. Saya tengok Eiman takder lah nampak nervous sangat dan lancar saja persembahan dia, jadi bagi saya pujian patut diberikan ke atas sikap beraninya itu. Bagus Eiman…next year boleh cuba lagi ok…

2 responses to “English Speech Contest: Animal Sounds by Eiman Naufal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s