Eksperimen Sains Eiman – Persistent Bubbles (1)

Buih tahan lama? Dengar macam pelik, tapi itulah tema event yang berlaku pada Ahad lepas. Sebenarnya, ianya berkaitan dengan pertandingan sains yang disertai oleh Eiman. Pertandingan sains ini bertajuk “Persistent Bubbles” dan ianya dianjurkan oleh sebuah sekolah yang terletak tidak jauh dari tempat kediaman kami di sini. Pertandingan ini melibatkan kanak kanak dan ibu bapa. Kami diberi masa beberapa minggu untuk menjalankan eksperimen di rumah dan juga menyediakan laporan.
DSC_0111-2

Objektif pertandingan sains ini adalah:-
1. Mencari dan mengunakan (kaedah cuba jaya) bahan bahan yang boleh didapati di rumah untuk membuat buih
2. Menjalankan eksperimen dan mengenalpasti bahan mana yang mampu menghasilkan buih yang boleh bertahan paling lama
3. Menggunakan saiz gelung yang berbeza diameter untuk mengenall pasti saiz gelung yang mana mampu menghasilkan buih yang bertahan lebih lama
4. Hasilkan laporan eksperimen

Banyak juga bahan bahan yang kami cuba untuk menghasilkan buih yang tahan lama. Contoh bahan bahan yang digunakan untuk eksperimen ini ialah seperti air suling, cecair membasuh pinggan, syampu badan Lux, cuka, gula dan juga golden syrup. Akhirnya, hasil campuran air suling, cecair membasuh pinggan dan juga golden syrup didapati mampu menghasilkan buih yang bertahan paling lama. Paling lama buih dapat dihasilkan sehingga ia pecah ialah lebih dari 10 minit! Selain itu, hasil daripada eksperimen ini juga, kami dapati saiz diameter gelung yang paling kecil juga mampu menghasilkan buih yang lebih tahan lama.

Boleh lah tengok hasil report yang dibuat oleh Mommy dan Eiman di post ini: Laporan Eksperimen Eiman Naufal

DSC_0100 DSC_0102

20140824_153112

Pada hari pertandingan, kami dikehendaki datang ke sekolah dan membawa bahan campuran buih yang terbaik dan juga laporan eksperimen. Aktiviti yang pertama ialah pembentangan laporan. Kali ini Mommy menggunakan skill dan pengalaman sebagai bekas cikgu subjek sains dan biologi untuk menerangkan hasil eksperimen dan juga laporan yang dihasilkan. Nampak macam semua orang kagum dengan laporan yang kami buat, sebabnya kumpulan lain hanya tulis report pakai tangan sahaja.

DSC_0098DSC_0099

Aktiviti kedua ialah pertandingan menghasilkan buih yang bertahan paling lama. Untuk setiap pusingan, 10 saat diberikan untuk menghasilkan buih sebanyak mungkin di atas meja dan kemudian masa dicatatkan. Eiman berjaya sehingga ke pusingan terakhir iaitu 3 kumpulan terbaik. Namun begitu, pada pusingan terakhir, masa Eiman tiup gelung tapi entah macam mana satu buih pun tak keluar. Memang sedikit malang…

DSC_0108

photo 2

DSC_0115

Ada 3 hadiah diberikan pada hari tersebut iaitu:-
1. Best Performance Price
Hadiah ni untuk pertandingan buih bertahan paling lama yang saya cerita kat atas. Berjaya memasuki peringkat akhir. Tapi tak menang sebab buih tak keluar semasa ditiup ketika pusingan terakhir

2. Impressive Design Price
Hadiah ini berdasarkan kepada keputusan undian juri iaitu cikgu cikgu sekolah tersebut. Hampir menang sebab Eiman hanya kurang satu undi sahaja dari pemenang.

3. Budding Science Price
Hadiah ini untuk rekabentuk eksperimen terbaik dan juga pembentangan terbaik. Eiman menang hadiah ini. Maybe sebab report dan presentation yang baik dari Mommy.

DSC_0124 DSC_0139

Secara kesuluruhan, ok sajalah hasil pertandingan ini walaupun sebenarnya Eiman mampu menang kesemua hadiah yang ditawarkan. Setidak tidaknya, Eiman tahu serba sedikit dan boleh menanamkan minat tentang subjek sains. Kredit to Mommy yang bersungguh sungguh buat aktiviti eksperimen ini. Lain kali boleh cuba lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s