Flag Day Charity Donation

Saya rasa kali terakhir saya terlibat aktiviti mengutip derma ialah ketika saya mengikuti aktiviti pengakap di sekolah rendah. Kalau ikut pengalaman saya ketika itu, memang susah juga urusan nak kutip derma ini. Setelah sekian lama, sekali lagi saya terlibat dalam aktiviti seperti ini sebagai tanda untuk menyokong penglibatan sekolah Eiman dalam aktiviti sosial dan sukarelawan . Aktiviti charity Flag Day ini dianjurkan oleh sebuah badan sosial yang dinamakan Po Leong Kuk. Pertubuhan sosial ini banyak terlibat dalam kerja amal dan sosial yang melibatkan wanita dan kanak kanak.

DSC_0135

DSC_0081

DSC_0123

Lebih kurang pukul 8 pagi, kitorang dah berada di sekolah tadika tempat Eiman belajar. Walaupun aktiviti ini hanya sukarela dan tidak wajib, tapi ramai juga ibu bapa yang turut terlibat sama. Eiman diberikan sebuah beg untuk mengisi wang dan sticker/flag untuk diberikan kepada orang ramai yang sudi menderma. Jika ada yang menderma, sticker akan diberikan kepada mereka untuk dilekatkan pada baju. Aktiviti mengutip derma ini diperuntukkan selama 4 jam, dari jam 8 pagi sehingga pukul 12 tgh hari dan kita dibenarkan untuk mengutip derma di kawasan persekitaran kecuali di shopping mall atau di tempat kediaman persendirian.

DSC_0104

IMG_20140820_105336 IMG_20140820_105255 DSC_0111 DSC_0088

Tempat pilihan kami ialah di airport. Lebih kurang 3 jam berdiri di tempat orang lalu lalang, hanya beberapa orang sahaja yang sudi menderma. Ramai yang buat- buat tak nampak dan tak pandang pun kitorang yang berdiri kat situ. Tanggapan awal saya meleset kerana sy anggap ramailah manusia yang lebih pemurah di airport ni. Ye lah, sebab pelancong atau pun businessman yang datang untuk naik flight mestilah at least orang yang berduit. Saya fikir mungkin juga kami salah memilih lokasi kerana ramai orang yang nak cepat untuk mengejar flight. Ataupun kerana kami tak tahu berbahasa cina, so orang ramai malas nak bercakap bahasa Inggeris dengan kami. Saya sendiri tak pasti kenapa…tapi yang pasti kami dah cuba yang terbaik.

DSC_0112 DSC_0127

Jam 12 tengah hari, kitaorang pulangkan balik beg berisi duit kepada sekolah. Kemudian pihak sekolah memberikan sijil penghargaan kepada Eiman sebagai tanda terima kasih. Walaupun kutipan tidak sebanyak mana, saya rasa puas hati kerana dapat bersama -sama untuk join aktiviti sukarelawan seperti ini. Sekurang- kurangnya Eiman dapat belajar sesuatu yang positif iaitu bukan mudah untuk mencari duit dan tidak boleh membazir kerana bukan semua orang bernasib baik. Selain itu, Eiman juga dapat sedikit pengalaman untuk turut serta dalam aktiviti sosial dan kebajikan seperti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s