Minimum Equipment List

Bayangkan situasi ini. Seorang juruterbang berada di dalam pesawat dan bersedia untuk penerbangan dalam masa 1 jam. Semasa preflight check, beliau perasan navigation light @ lampu navigasi sebelah kanan tidak berfungsi. Dalam masa 30 minit, penumpang penumpang akan mula masuk ke dalam kabin dan bersedia untuk penerbangan. Jadi dalam situasi ini, bolehkah juruterbang tersebut meneruskan penerbangan? Atau dia perlu membatalkannya untuk memberi masa yang cukup bagi kerja repair dan pembaikan?

AIrfare wars to DFW

Jawapan untuk situasi seperti ini ada ada pada senarai MEL. Dalam aviation. MEL adalah singkatan untuk Minimum Equipment List (MEL) dan merupakan senarai peralatan atau komponen yang dibenarkan untuk tidak berfungsi bagi sesuatu jenis pesawat. Tetapi bukan semua komponen kapal terbang berada dalam senarai MEL. Bagi komponen yang kritikal kepada airworthiness pesawat, ianya tidak dimasukkan dalam senarai MEL. Contohnya komponen yang kritikal adalah seperti komponen bagi sayap kapal terbang, kawalan pesawat, enjin dan sebagainya. Komponen kritikal mesti berfungsi dengan baik untuk memastikan penerbangan yang selamat. Jadi ianya tidak boleh dimasukkan dalam senarai MEL.

Begitu juga kalau komponen tersebut memang tidak berkaitan langsung dengan operasi penerbangan, ia juga tidak perlu dimasukkan dalam senarai MEL. Contoh yang saya boleh bagi adalah galley (dapur makanan) dan juga meja di tempat duduk penumpang dimana komponen atau peralatan seperti ini tidak berkait dengan keselamatan pesawat. Kalau rosak pun, tidak mengapa.

Dalam contoh kerosakan lampu navigation diatas, jika komponen tersebut berkaitan dengan operasi penerbangan tetapi tiada dalam senarai MEL, sememangnya pesawat itu tidak bernasib baik kerana komponen itu perlu diperbaiki sebelum pesawat boleh terbang kembali. Tetapi, jika komponen lampu navigasi ada disenaraikan dalam MEL, pesawat tersebut masih boleh terbang tetapi ianya perlu mematuhi syarat syarat yang digariskan oleh peraturan MEL. Selalunya keperluan MEL ini merangkumi keperluan seperti operasi, penyelengaraan dan had masa.

scrshot105rk8

Sebagai contoh, pesawat tersebut boleh lagi meneruskan operasi pernerbangan tetapi perlu mematuhi keperluan bagi MEL seperti berikut:-
Maintenance: Sticker INOP (tidak berfungsi) perlu dilekatkan berdekatan suis lampu navigasi sebalah kanan. Circuit breaker untuk lampu sebelah kanan ditarik keluar.
Operation: Penerbangan pada waktu malam tidak dibenarkan
Time Limit: Lampu navigasi yang rosak tersebut perlu dibaiki tidak kurang dari 10 hari.

Contoh page MEL ditunjukkan seperti dibawah:

0cf472_fc4022b0a823432bba658bba32fec334_jpg_srz_388_288_75_22_0_50_1_20_0

Searai MEL sememangnya sangat berguna bagi operator dan airlines untuk situasi seperti contoh diatas. Bergantung kepada fungsi dan tahap kritikal komponen kepada keselamatan pesawat, tidak semestinya semua komponen yang rosak perlu diperbaiki serta merta. Tambahan pula sememangnya sistem pesawat mempunyai banyak sistem sokongan dan komponen yang sama dipasang dengan kuantiti yang lebih daripada satu didalam pesawat sebagai backup.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “Minimum Equipment List

  1. Pingback: [Aviation] Merokok Di Dalam Pesawat | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s