Anugerah Skytrax 2014

Antara award yang paling berprestij di dalam industri penerbangan adalah Skytrax Award. Kalau perasan, AirAsia juga menggunakan pemenang sebagai Low Cost Airline terbaik di dalam kempen iklan dan promosi mereka di media. Memenangi anugerah dari Skytrax Award ini merupakan sesuatu yang dibanggakan dan menjadi kayu pengukur tentang tahap kualiti dan kepuasan pengguna bagi sesuatu syarikat penerbangan dan pengurusan airport.

315airasia

Skytrax adalah syarikat perunding berpangkalan di United Kingdom yang menjalankan kajian dan juga menetapkan ranking syarikat penerbangan dan lapangan terbang. Syarikat ini menjalankan kajiselidik untuk menilai kakitangan kabin, lapangan terbang, syarikat penerbangan,  sistem hiburan, penyajian atas kapal, dan beberapa elemen-elemen perjalanan udara yang lain. Selain daripada kaji selidik ini, Skytrax mempunyai forum di mana penumpang syarikat penerbangan boleh membuat ulasan penerbangan dan kaji selidik kepuasan pelanggan.

Anugerak Skytrax baru baru ini adalah berdasarkan kajiselidik dari 18.85 juta penumpang penerbangan seluruh dunia. Penumpang dari 160 buah Negara telah terlibat dalam kajiselidik yang lepas.

Bagi tahun 2014, berikut merupakan 10 syarikat penerbangan terbaik:

1) Cathay Pacific Airways
2) Qatar Airways
3) Singapore Airlines
4) Emirates
5) Turkish Airlines
6) ANA All Nippon Airways
7) Garuda Indonesia
8) Asiana Airlines
9) Etihad Airways
10) Lufthansa

1368965

Untuk airport pula, berikut merupakan 10 airport terbaik dunia pada tahun 2014:

1) Singapore Changi Airport
2) Incheon International Airport
3) Munich Airport
4) Hong Kong International Airport
5) Amsterdam Airport Schiphol
6) Haneda Airport
7) Beijing Capital International Airport
8) Zurich Airport
9) Vancouver International Airport
10) London Heathrow Airport

worlds-best-airport-Singapore-Changi-Airport-featured

Antara anugerah Skytrax yang lain termasuk juga:-
Best Cabin Crew: Garuda Airlines
Best First Class Cabin: Singapore Airlines
Best Business Class Cabin: Qatar Airways
Best Economy Class Cabin: Asiana Airlines
Best Low Cost Airline: Air Asia

544452_546928698659388_29640068_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s