Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah… bulan Ramadhan datang lagi. Besok Muslimin dan Muslimat di sini akan mula berpuasa, sama seperti di Malaysia juga. Sy masih ingat lagi, hari pertama saya berpindah ke sini adalah satu hari sebelum bulan puasa pada 2010. Ini masuk kali keempat saya berpuasa di sini.

Macam mana pula suasana berpuasa di HK? Sekarang kat sini ialah musim panas, jadi siang lebih panjang dari malam. Imsak akan bermula pukul 4:15 pagi dan berbuka puasa dalam pukul 7:15 ptg. Mungkin tempoh puasa di sini 1 jam lebih lama dari di Malaysia. Tapi takpe, takdelah banyak sangat bezanya dan sekurang-kurangnya dapat mengajar erti kesabaran.

Ramadan_Mubarak_Wallpaper_ctf7w

Lagi satu, bila mula bulan puasa, ramai rakan rakan di office akan mula bertanya tentang bulan Ramadhan dan puasa. Selalu pagi pagi time morning break, saya akan follow rakan rakan untuk minum coffee dan bersembang tentang kerja dan office. Bila dah start puasa ni, so saya dah tak boleh ikut, jadi ramailah yang bertanya. Soalan soalan seperti kenapa Muslim perlu berpuasa dan apa rasionalnya tak boleh makan dan minum pada siang hari (yang tak pernah ditanyakan orang ketika di Malaysia) saya kena jawab dan explain. Memang susah juga nak jawab, tapi saya cuba juga bagi jawapan sebaik mungkin untuk diorang faham. Yang lain puasa kat sini sama sahaja. Cuma kat sini memang takda pasar ramadhan macam kat tanahair. Nak cari makanan yang fancy fancy memang tak jumpa lah kat sini.

ramadan-mubarak

Selalunya menjelang puasa dan raya, mesti ada orang akan tanya: Tahun balik puasa dan raya ke tahun ni? Insya Allah, tahun ni seperti biasa saya balik walaupun mungkin tak der lah lama sangat. Dalam team tempat saya bekerja, saya seorang saja yang Muslim. Jadi time raya, takdelah bertembung dengan cuti rakan rakan yang lain.

OK, sempena ramadhan yang mulia ini, saya, isteri, Eiman Naufal dan Eryna Qaleesya nak minta maaf kepada semua kaum keluarga, sahabat dan pembaca blog MudaBahaya ini kalau kalau ada yang terkasar bahasa dan terasa hati. Selamat menempuhi bulan Ramdahan dan selamat berpuasa.

Ramadhan Al-Mubarak!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s