Membuka Pintu Pesawat Di Udara?

Saya ada terbaca tentang kes kejadian yang menarik berlaku pada Alaska Airline flight 132 dari Anchorage – Portland. Kejadian ini adalah mengenai seorang penumpang yang cuba untuk membuka pintu pesawat ketika terbang di udara. Namun begitu, kebetulan ada beberapa penumpang lain yang melihat percubaan lelaki tersebut, mereka bergelut untuk menghalang dan akhirnya berjaya menangkapnya.

Mungkin terpengaruh dengan filem filem Hollywood, penumpang penumpang prihatin ini mungkin menyangka mereka akan disedut keluar dari kapal terbang jika pintu berjaya dibuka oleh lelaki itu. Namun persolannya, adakah benar pintu boleh dibuka di udara ketika pesawat sedang terbang pada paras 30, 000 kaki?

Stephane-Picard-1488

Jawapannya adalah tidak mungkin. Seseorang memang tidak mungkin membuka pintu pesawat ketika dalam penerbangan dengan 2 sebab ini:-

a. Tekanan udara yang berbeza: Ketika fasa penerbangan, kabin pesawat komersial perlu diberikan tekanan yang bersesuian (lebih tinggi) untuk keselesaan penumpang, dan supaya tahap oksigen dalam kabin mudah dikawal. Disebabkan tekanan udara di dalam udara di dalam kabin lebih tinggi berbanding luar pesawat, anda akan mendapati bahawa manusia tidak akan cukup kuat untuk mengatasi perbezaan tekanan ini untuk membuka pintu pesawat walapun dilakukan oleh beberapa orang.

plug-door

b. Konsep “Plug Type”: Kebanyakan pintu kapal terbang bersaiz lebih besar dari pembukaan kerangka pesawat . Disebabkan itu, adalah perlu untuk pintu diputar/digerakkan sedikit kedalam sebelum ianya boleh ditolak keluar dan dibuka. Tambahan pula, perbezaan tekanan didalam kabin dan diluar pesawat akan menyebabkan adalah sukar dan mustahil untuk memutarkan pintu dan membukanya.

int_frontpaxdoor_300pxopt

Ketika fasa pendaratan, sistem pesawat akan mengurangkan tekanan secara perlahan lahan di dalam kabin bergantung kepada ketinggian. Ketika pesawat mendarat sepenuhnya, tekanan di dalam kabin dan diluar pesawat akan kembali sama dan pintu boleh dibuka serta-merta selepas kapal terbang yang menyentuh daratan.

boeing_747-8_wet_landing

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “Membuka Pintu Pesawat Di Udara?

  1. Pingback: [Aviation] Kenapa Tidak Ada Payung Terjun Dalam Pesawat? | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s