Diari Buah Buahan

Tinggal di Hong Kong banyak mendedahkan saya kepada pengalaman baru. Negara yang berbeza, cara pendidikan di sekolah ada juga perbezaannya. Sekarang nie Eiman bersekolah tadika di tahun kedua. Saya juga perasan terdapat banyak aktiviti yang dilakukan di antara pihak sekolah dan kementerian pendidikan disini. Kebanyakkan aktiviti yang dilakukan adalah untuk mendidik kanak-kanak supaya berdikari dan memgamalkan gaya hidup sihat.

DSC_0388 DSC_0397 DSC_0392 DSC_0411 DSC_0413

Sebagai contoh sepanjang 2 bulan ini Eiman dikehendaki untuk melengkapkan ‘fruit diary’.Untuk melengkapkan diary ini, Eiman dikehendaki untuk memakan buah-buahan setiap hari sama ada dirumah atau disekolah (setiap hari mmg ada disediakan menu buah-buahan). Selepas memakan buah-buahan tersebut, Eiman dikehendaki untuk menampal sticker didalam diary yang disediakan oleh pihak sekolah. Apabila telah genap seminggu, diari itu dikehendaki dibawa kesekolah dan guru akan menyemak dan memberi ‘big sticker’ kepada pelajar.Apabila Eiman berjaya melengkapkan ‘fruit diary’, dia akan memperoleh sijil.

DSC_0450 DSC_0426 DSC_0434 DSC_0422

Memang aktiviti ini sangat bagus. Sebenarnya dengan adanya  ‘fruit diary’, ia dapat membantu kanak kanak:
1. mengamalkan pemakanan yang sihat
2. mengajar mereka tentang cara-cara penyediaan buah yang betul
3. ibu bapa dan pelajar dapat meluangkan masa bersama
4. menanamkan sifat-sifat positif kepada para pelajar melalui sistem ganjaran

DSC_0442 DSC_0440

Have a healthy snack…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s