[Aeroangkasa] Pull Up!!! Pull Up!!!

Pada 1960-an, terdapat beberapa siri kes kemalangan yang melibatkan pesawat melanggar permukaan daratan yang mengorbankan beratus-ratus nyawa penumpang. Kebanyakan kemalangan ini berlaku tanpa disedari juruterbang walaupun pesawat sebenarnya tidak mengalami masalah teknikal, berfungsi dengan baik dan ianya dikawal sepenuhnya oleh juruterbang yang bertauliah. Kes kes kemalangan ini menyebabkan “wake up” call dalam industri penerbangan ketika itu dan sterusnya kajian dilancarkan untuk mengatasi masalah ini. Hasil daripada kajian tersebut. sistem GPWS diperkenalkan.

it_1b_opt

Ground Proximity Warning System (GPWS)

Ground Proximity Warning System (GPWS) adalah sejenis peralatan yang dipasang dalam kapal terbang untuk memberi amaran kepada juruterbang jika pesawat berada di altitud yang rendah dan berkemungkinan dalam bahaya terhempas. Tujuan utama sistem ini adalah untuk mengelak kemalangan seperti pesawat terhempas ke daratan akibat terlalu rendah atau melanggar halangan seperti gunung atau bangunan. Kemalangan ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor-faktor seperti kesilapan navigasi, keletihan juruterbang, atau keadaan cuaca yang buruk yang menyukarkan pandangan juruterbang.

gpws
Bagaimana sistem GPWS ini berfungsi? Sistem GPWS menggunakan radar altimeter dimana gelombang radio dipancarkan ke bawah untuk mengukur ketinggian pesawat dari permukaan tanah.

principle

Contohnya bagaimana sistem ini berfungsi adalah seperti keadaan pesawat meluncur ke bawah dengan kadar yang cepat. Radar altimeter akan mengukur ketinggian pesawat dari permukaan tanah dan juga mengenalpasti jika pesawat semakin hampir dengan permukaan daratan. Jika pada ketika itu landing gear (alatan pendaratan) masih belum dibuka dan flap pada sayap pesawat bukan berada pada posisi untuk mendarat, komputer akan mngetahui bahawa pesawat sebenarnya bukan dalam mode untuk mendarat. Oleh itu, komputer akan mengklasifikasi bahawa pesawat sedang berada dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan untuk berlanggar dengan permukaan daratan. Sistem GPWS seterusnya akan mengeluarkan amaran bunyi yang kuat seperti “TOO LOW TERRAIN!!” atau “TOO LOW FLAP!!” atau “TOO LOW GEAR!!” untuk menyedarkan keadaan bahaya tersebut kepada juruterbang.

bk_9768d15fe708bf018de5bb3b81ce628c_pNIb9O
Dengan adanya amaran sebegini, juruterbang akan alert bahawa pesawat yang dikawal beliau berada dalam keadaan bahaya dan dia perlu melakukan tindakan yang sepatutnya.

Enhanced Ground Proximity Warning System (EGPWS)
Antara kelemahan sistem GPWS adalah radar altimeter hanya boleh mengesan ketinggian dibawah permukaan pesawat sahaja. Tapi bagaimana pula dengan permukaan daratan atau halangan di hadapan seperti lereng bukit atau bangunan? Kelemahan ini diperbaiki oleh evolusi sistem GPWS yang baru iaitu EGPWS (Enhanced Ground Proximity Warning System).

360x317_mk_xxii

ehsi_peaks

Sistem EGPWS mengandungi pangkalan data muka bumi elektronik yang menggunakan Global Positioning Sistem (GPS). Dengan menggunakan GPS, ia dapat mengesan lokasi pesawat dan memberitahu juruterbang dengan data tepat mengenai rupa bumi di kawasan luar jangkauan radar altimeter pesawat itu sendiri. Jadi, sistem EGPWS akan memberi amaran lebih awal berdasarkan ramalan data dan ini memberi lebih banyak masa kepada juruterbang untuk membuat keputusan dan bertindak dengan sepatutnya.

img1

Penggunaan EGPWS di dalam industry penerbangan berjaya mengurangkan kadar kemalangan pesawat dengan berkesan. Buktinya, sangat jarang untuk mendengar kemalangan pesawat melanggar permukaan bumi kerana kesalahan juruterbang pada ketika ini.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s