Hi-Tech Fiesta & HKIE

Pada Ahad lepas, saya bersama keluarga berkesempatan melawat pameran HKIE Hi-Tech Fiesta 2014 yang dianjurkan oleh Hong Kong Institution of Engineers (HKIE) yang bertempat di Kowloon Bay International Trade & Exhibition Centre. Pada pameran ini, banyak booth disediakan bagi memaparkan pembangunan teknologi terkini dalam bidang-bidang kejuruteraan yang berbeza.

2014030-EDM2-07

DSC_0002 DSC_0052

Selain daripada pameran mengenai teknologi kejuruteraan, pameran ini juga juga menampilkan gerai permainan, kawasan permainan kanak-kanak, model pertandingan kereta racing, bengkel robot dan sebagainya. Antara aktiviti yang sempat Eiman sertai ialah memandu tren MTR menggunakan simulator yang disediakan oleh syarikat MTR Corp. Happy Eiman dapat pandu MTR sendiri walaupun dia memang tak nak ikut datang ke sini bila diajak pada mulanya.

DSC_0038

DSC_0028

DSC_0047

DSC_0022

Sementara menunggu abangnya memandu tren, sempat saya snap gambar Qaleesya yang mudah tersenyum posing depan kemera.

DSC_0069 DSC_0062

Antara objektif utama pameran ini adalah bertujuan untuk mempromosikan profesion kejuruteraan kepada orang ramai.

Kerjaya professional? Bukan semua pekerjaan adalah kerjaya professional ke? Tak semua.. dan memang ada beza. Salah satunya ialah kerjaya professional adalah tertakluk kepada akta undang undang yang tertentu dan mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi oleh pengamal-pengamalnya. Contohnya, seorang doktor perlu mendapatkan lesen dan mendaftar dengan Malaysian Medical Council; dan kerjaya sebagai peguam perlu mendaftar dengan Malaysian Bar Council.  Begitu juga profesyen sebagai seorang jurutera.074301-strategic-aviation

Hong Kong Institution of Engineers (HKIE) pula adalah sebuah badan profesional bagi jurutera di Hong Kong. Badan ini bolehlah disamakan dengan Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineers Malaysia BEM) kalau di Malaysia. Ia diasaskan pada tahun 1947 sebagai Hong Kong Engineers Asssocisation dan telah diperbadankan sebagai Hong Kong Institution of Engineers pada tahun 1975. Ketika ini, ia mempunyai keahlian lebih daripada 24,000 di bawah 19 bidang-bidang kejuruteraan yang berbeza. Antara bidang bidang kejuruteraan yang diiktiraf adalah kejuruteraan awam, mekanikal, kimia, aeronautikal dan sebagainya.

5_HKIE

Ada beberapa gred dalam keahlian HKIE, tetapi 2 gred yang utama ialah ahli jurutera siswazah dan jurutera professional. Bagi keahlian jurutera siwazah, seseorang perlu mempunyai sekurang kurangnya ijazah dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh HKIE. Kemudian kita perlu bekerja sebagai jurutera sekurang kurangnya 5 tahun di bawah seliaan seorang jurutera professional (Ir.). So, kalau graduate dalam engineering dan kemudian kerja sebagai cikgu atau bisnesman memang pengalaman tidak boleh dikira, sebab syarat utama ialah perlu practice engineering untuk 5 tahun.

Semasa tempoh 5 tahun ini, kita perlu membuat logbook untuk rekodkan pengalaman bekerja dan logbook tersebut perlu di sahkan oleh seorang jurutera professional yang menyelia kerja yang kita lakukan. Selepas habis 5 tahun pengalaman, kemudian kita boleh sediakan report tentang pengalaman kerja dan latihan teknikal yang kita perolehi sepanjang tempoh 5 tahun tersebut; dan juga laporan case study mengenai projek teknikal yang kita pernah kendalikan. Next step ialah untuk apply dan ambil peperiksaan dan temuduga yang dinamakan Professional Assessment Examination (PAE).

job-interviewer

Temuduga akan dilakukan oleh 2 orang jurutera professional yang telah lama atau senior. Semasa temuduga yang saya hadapi untuk PAE tersebut, salah seorang penemuduga ialah Prof. Ir. Dr. Eric Cheung iaitu professor dari universiti di HK dan juga pernah bekerja dengan pihak berkuasa HK Civil Aviation Department. Tidak dapat dinafikan memang beliau banyak pengalaman dan pengetahuan dalam aviation. Jadi soalan soalan yang ditanya oleh beliau memang tak diduga dan menguji minda. Antara soalan yang ditanya merangkumi pengetahuan teknikal mengenai pesawat, peraturan penerbangan, etika professional sebagai jurutera dan juga kemahiran menyelesaikan masalah. Habis selesai temuduga dan peperiksaan, kena pula tunggu lebih kurang 3 bulan untuk mengetahui keputusan exam tersebut. Jika lulus, barulah anda akan dilantik menjadi ahli korporat HKIE dan juga layak dipanggil sebagai seorang jurutera professional dengan gelaran Ir.

Menjadi seorang jurutera professional bermakna anda kompeten dalam bidang kejuruteraan yang didaftarkan dan pengalaman anda diiktiraf  oleh badan professional. Tetapi perjalanan untuk mencapai status sebagai seorang jurutera professional bukanlah sesuatu yang straight forward dan ia juga memerlukan keazaman yang tinggi untuk mencapainya. Yang penting, jangan cepat mengalah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s