[Aeroangkasa] Nombor Pendaftaran Kapal Terbang (Tail Number)

Sama seperti plet lesen kereta, setiap kapal terbang juga mempunyai lesen pletnya yang unik dan tersendiri. Nombor pendaftaran pesawat ini adalah kombinasi abjad atau angka untuk mengenal pasti sesuatu pesawat awam. Selaras dengan Convention of International Civil Aviation, semua pesawat mesti mendaftar dengan pihak berkuasa penerbangan negara masing masing dan mereka mesti membawa bukti pendaftaran ini dalam bentuk dokumen undang-undang yang dikenali sebagai Certificate of Registration (C of R) pada setiap masa. Sijil Cof R ini selalunya disimpan di dalam cockpit juruterbang.

cof r

Dimana letaknya nombor plat pesawat ini? Biasanya nombor pendaftaran pesawat dipaparkan berdekatan dengan bahagian belakang atau ekor pesawat. Maka sebab itulah nombor pendaftaran pesawat juga biasanya dipanggil “tail number” dalam industri aviation.

9M-TAR Regn

Setiap negara mempunyai prefix pendaftaran yang berbeza. Oleh yang demikian,  jika kita melihat nombor pendaftaran tersebut, kita boleh mengetahui pesawat tersebut datang dari negara mana. Contohnya, nombor pendaftaran pesawat awam di Malaysia bermula dengan 9M, Hong Kong bermula B, Singapura 9V, Amerika Syarikat bermula dengan N dan sebagainya.

AirAsia_100th_Airbus_A320_9M-AQH_Dragon_Livery

Bagi nombor pendaftaran pesawat di Malaysia, ia bermula dengan 9M, diikuti dengan dash (-) dan juga 3 alphabet di belakangnya.

  • Nombor pendaftaran dikeluarkan oleh Jabatan penerbangan Awam Malaysia (DCAM) dengan mengikut turutan dari 9M-AAA hinggalah ke 9M-ZZZ. Namun begitu, nombor plat khas yang tidak menurut turutan boleh dikeluarkan jika operator atau syarikat penerbangan menempahnya.
  • Nombor pendaftaran yang bermula dengan (E), 9M-E __ adalah untuk pesawat buatan amatur
  • Nombor pendaftaran yang bermula dengan (U), 9M-U__adalah untuk pesawat ringan microlight.
  • Nombor pendaftaran berikut tidak boleh dikeluarkan atau digunakan untuk mana mana pesawat: 9M-SOS,  9M-Q__ , 9M-XXX, 9M-PAN dan 9M-TAT

140404084442-04-malaysia-370-horizontal-gallery

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aeroangkasa] Nombor Pendaftaran Kapal Terbang (Tail Number)

  1. Pingback: Airworthiness | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s