Mobile Internet di Hong Kong

Discover Hong Kong Tourist SIM Card

Jika saya melancong ke luar negara, salah satu perkara pertama yang saya akan lakukan selepas turun dari pesawat dan mengambil bagasi adalah mencari kad sim prabayar tempatan. Bagi saya, akses kepada internet penting untuk saya melihat peta untuk mencari arah, mencari maklumat tentang tempat lawatan jika sesat, dan juga membuat panggilan jika berlaku sebarang kecemasan. Selalunya menggunakan line mobil tempatan kadarnya lebih murah berbanding menggunakan perkhidmatan roaming.

5.2.4.1-Wi-Fi-usage_03

Bagi pelawat yang melancong ke Hong Kong, membeli kad SIM prabayar adalah agak mudah kerana banyak tempat di lapangan terbang yang menjualnya. Di Hong Kong juga, kemudahan talian internet dan internet tanpa wayar memang agak lancar dan laju berbanding apa yang ada di Malaysia. Kalau ikut ranking, kelajuan broadband internet di Hong Kong adalah yang kedua terbaik di dunia selepas Korea Selatan.

askimetq3pic1-4f28d1d-intro

Hong Kong Torism Board juga baru-baru dengan kerjasama sebuah syarikat telekomunikasi (PCCW ) telah melancarkan kad sim prabayar tempatan yang disesuaikan kepada pelancong iaitu Discover Hong Kong Tourist SIM Card. Promosi kad sim prabayar ini adalah agak mudah difahami kerana ia hanya mempunyai tiga pilihan untuk memilih iaitu:

1 ) 5 Day Pass berharga HKD 69

2) 5 Day Pass berharga HKD 118

2 ) 8-Day Pass  berharga HKD 96

1391b118

Boleh lihat di bawah mengenai pelan kad sim prabayar ini.

pccw

Jika anda memerlukan akses internet bagi tujuan melihat peta, akses kepada laman media social, emel dan google, memadailah untuk membeli pas 5 hari HKD 69. Dengan pelan ini anda akan mendapat 1.5GB data; yang mana ianya lebih dari cukup untuk pengunaan 5 hari. Selain daripada itu, pelan ini juga termasuk akses kepada lebih 12,000 PCCW Wi-Fi Hot Spot secara percuma di bandar Hong Kong.

Bagaimana untuk mendapatkan Kad SIM prabayar Discover Hong Kong Tourist SIM Card ini? Anda boleh mendapatkan kad sim prabayar di kedai 7-Eleven, Circle K or VanGO termasuk di HK International Airport.

 

Wi-Fi HK International Airport

Bagi kemudahan pelancong, anda juga boleh mengakses internet secara percuma di HK International Airport di kebanyakan tempat duduk awam dan terminal penumpang. Yang bagusnya, tiada pendaftaran diperlukan.

Untuk mendapatkan akses wi-fi percuma, boleh ikut langkah berikut jika berada di airport:-

  • Pilih #HKAirport Free WiFi untuk wifi setting bagi hanphone, tablet atau computer anda
  • IMG_3733
  • Buka internet browser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox atau Safari. Kemudian taip apa apa sahaja alamat internet yang sah. Contohnya, www.google.com
  • Pop up Hk International Airport Free Wi-Fi akan dipaparkan selepas itu.
  • hksar

Klik “Accept & Continue” dan  sekarang anda sudah boleh melayari internet secara percuma

 

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

5 responses to “Mobile Internet di Hong Kong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s