[Aeroangkasa] – Bagaimana Kapal Terbang Berhenti Ketika Mendarat

Kelajuan pesawat jumbo Boeing 747-400 ketika mendarat adalah sekitar 150 knots atau 280 km/jam. Kelajuan ini mungkin menyamai kelajuan kereta formula 1 di litar. Jika di lebuh raya, memang mustahil untuk memberhentikan bas yang berkelajuan 120 km/jam secara tiba tiba dalam masa yang singkat. Jadi bagaimana kapal terbang yang sangat laju dan seberat 300, 000 kg ini memperlahankan kelajuannya dalam masa hanya beberapa saat ketika mendarat?

Kebanyakan pesawat jet komersial mempunyai tiga sistem untuk menghentikan pesawat.

1. Brek Roda
Seperti brek yang ada pada kereta, pesawat juga mempunyai brek pada roda hadapan dan roda utama (belakang). Juruterbang akan mengaktifkan brek pada roda secara beransur ansur apabila alatan pendaratan telah mencecah permukaan landasan lapangan terbang.

1336549868

2, Spoiler
Spoiler merupakan salah satu komponen yang ada pada sayap pesawat. Seperti namanya, spoiler ini digunakan untuk “mengganggu” dan menghasilkan daya rintangan udara pada pesawat. Ia juga membantu memperlahankan kelajuan kapal terbang ketika mendarat. Kalau anda mempunyai tempat duduk di tepi tingkap, kita akan berpeluang untuk melihat bagaimana spoiler ini diaktifkan.

DSCF0645

3, Thrust Reverser
Kalau anda perasan, sejurus sahaja alatan pendaratan mencecah landasan ketika landing, kita boleh mendengar bunyi angin menderu yang bising dan kuat dalam beberapa saat. Kadangkala kita juga boleh melihat titisan air atau debu menderu keluar dari enjin . Keadaan ini dihasilkan kerana thrust reverser diaktifkan.

6089091226_d53491a19b_z

Ketika operasi biasa, enjin akan menghasilkan tujahan kuasa ke belakang untuk membolehkan pesawat bergerak ke hadapan. Namun sebaliknya berlaku semasa thrust reverser diaktifkan ketika landing. Udara dari enjin disalurkan kehadapan dan menghasilkan daya tujahan yang berlwanan dengan arah pergerakan pesawat. Mengaktifkan thrust reverser dapat memperlahankan pesawat dengan cepat terutama bagi pesawat yang bersaiz besar dan juga ketika mendarat di landasan airport yang pendek.

thrust-reverser2

Ketiga tiga sistem ini digunakan bersama sama untuk memberhentikan pesawat dengan cepat ketika mendarat.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

 

4 responses to “[Aeroangkasa] – Bagaimana Kapal Terbang Berhenti Ketika Mendarat

  1. Good write up and in bahasa Malaysia.
    This article shall help our youth to understand the aviation industry.
    Continue the good work and please send me the soft copy for educational purposes.
    Regards
    jc

    • Thanks ..initially I was writing in English when I first started this blog. But after sometimes, I realized most of the readers are coming from Malaysia and some of them are not in aerospace and aviation industry but they are keen to know about this industry. So now I changed the articles in bahasa and try my best to explain in simple way. Keep visiting my blog and thanks for reading JC..

  2. salam tuan,terima kasih atas penerangan tuan seba sedikit mengenai dunia penerbangan ini. saya meminat dunia penerbangan ini sejak kecil lagi,cuma tiada rezeki untuk berkhidmat di dalam bidang aviation ini..xdpt jd pilot pun xpa,jd sekarang saya mencuba permainan simulasi FLIGHT SIMULATOR X (FSX).boleh mintak jasa baik tuan untuk memberi penerangan x had mengenai kelajuan sebuah aircraft semasa take off,approach,landing.. maksud sistem VOR,ILS, fungsi peralatan/panel pada pesawat dan sebagainya..terima kasih tuan

    • Capt Lee… saya punya specialization/technical trade dalam aviation adalah aircraft structures. Kalau yang diluar bidang trade sy, saya hanya tahu secara general sahaja. Tu pun sy tahu melalui kelas-kelas teknikal sy saya attend sebelum ini. Nak explain lebih lebih pasal OPS and Avionic, saya tak berapa comfortable sbb takut bagi salah fakta. Anyway, nanti saya cuba tanya kepada rakan2 sy di office tentang soalan Capt Lee..Kalau ada masa maybe saya boleh tulis tentang tajuk2 diatas..pls standby

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s