[Aeroangkasa] Control Column, Stick Shaker & Stall

Control Stick

Untuk menerbangkan pesawat secara manual , juruterbang menggunakan control column untuk menukar kedudukan dan arah pesawat. Airbus dan Boeing mempunyai rekabentuk control column yang berbeza. Bagi Boeing, control column ini seakan akan stering kereta dan memerlukan kedua dua belah tangan untuk memegangnya. Tapi bagi Airbus pula, control column mereka seakan akan joystick permainan video ataupun tombol gear kereta.

Boeing

Boeing Control Stick

Airbus-Co-Pilot-Controller-Joystick

Airbus Control Stick

 

Stick Shaker
Bagaimana pula dengan stick shaker? Stick shaker ini merupakan alatan mekanikal yang dihubungkan dengan control column juruterbang. Seperti namanya, stick shaker  ini akan membuatkan control column bergetar pantas dan berbunyi dengan kuat. Tujuannya ialah untuk memberi amaran kepada juruterbang bahawa pesawat sedang mengalami keadaan kritikal yang dimakan stall. Boleh lihat video dibawah bagaimana stick shaker ini bergetar dengan kuat dan bising. Kalau bukan juruterbang yang terlatih menghadapi suasana begini, sememangnya akan jadi panik.

 

Stall
Kalau dalam bahasa Melayu perkataan stall ini membawa maksud gerai. Tapi dalam aviation maksud stall amatlah berbeza dan jauh sekali maknanya. Sedikit teori tentang penerbangan, daya terbang pesawat sebenarnya dihasilkan oleh aliran udara di bahagian sayap pesawat seperti yang ditunjukkan dibawah.

wingairflow

Jika terdapatnya gangguan pada aliran udara pada bahagian sayap pesawat, ini menyebabkan daya terbang yang dihasilkan tidak mencukupi untuk menerbangkan pesawat. Ini yang dinamakan keadaan stall dalam aviation. Keadaan stall ini sangat bahaya kerana jika sayap tidak mampu lagi menghasilkan daya terbang yang mencukupi dan keadaan ini tidak diperbetulkan dengan cepat oleh juruterbang, pesawat akan terhempas ke bawah seperti batu yang jatuh dari langit!

Boleh lihat seperti video di bawah bagaimana eksperimen yang menunjukkan pesawat sedang mengalami stalling ketika terbang diudara. Perhatikan bahawa tali yang dilekatkan pada sayap pesawat tersebut. Ketika pesawat menghampiri keadaan stalling, aliran udara pada bahagian atas pesawat tidak lagi lancar dan kita boleh nampak tali tersebut bergerak gerak.

Salah satu penyebab bagaimana keadaan stall ini berlaku kerana kelajuan kapal terbang yang terlalu perlahan. Ini selalunya berlaku ketika fasa pesawat berlepas dan mendarat di landasan. Sebab itulah hampir 80% kemalangan kebanyakannya berlaku ketika pesawat berlepas dan mendarat. Contohnya ketika mendarat, pesawat tidak boleh terlalu perlahan kerana ia akan menyebabkan keadaan stall. Namun begitu, pesawat juga tidak boleh terlalu laju kerana ia mungkin pula terlajak dan terbabas dari landasan airport. Banyak parameter yang juruterbang perlu kawal dan pantau seperti kelajuan, sudut pesawat, arah angin lintang, kuasa enjin dan sebagainya untuk mendarat dengan selamat.

article-new-thumbnail-ds-photo-getty-article-74-63-78033206

Jadi bukanlah mudah sebenarnya tugas jurutyerbang ni yea. Sebab itulah walaupun dari luar profession juruterbang nampak senang, namun ramai yang tak tahu tanggungjawab mereka amatlah besar dan berat untuk memastikan penumpang sampai ke destinasi dengan selamat.

PilotHatGlasses315X309 304

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “[Aeroangkasa] Control Column, Stick Shaker & Stall

  1. Pingback: [Aviation] Winglet & Sharklet | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s