Ngong Ping 360

Bukan semua tempat di Hong Kong dipenuhi dengan bangunan pencakar langit. Lantau Island contohnya masih mengekalkan kawasan semulajadi dan alam sekitar yang hijau dan indah. Faktor ini juga menyebabkan saya memilih tempat kediaman Tung Chung untuk menetap selain ianya tidak jauh dari pejabat. Bagi pelancong, berkunjung ke Ngong Ping 360 adalah aktiviti yang ideal untuk meneroka Lantau Island. Kebanyakan pelawat selalunya menaiki kereta kabel yang mana stesennya terletak d Tung Chung. Untuk sampai ke Tung Chung, boleh rujuk di artikel saya sebelum ini untuk lebih lanjut: Tung Chung

NP360_03a Untitled-3(new)

Apa yang menarik tentang menaiki kereta kabel ialah pengunjung dapat menikmati panorama Lantau Island. Dari sini, kita kan dapat melihat pesawat berlepas dan mendarat dari kawasan airport Chep lap Kok, hutan yang hijau, lereng bukit Country Park dan juga kawasan pantai Laut Cina Selatan yang bersih. Perjalanan menaiki kereta kabel ini mengambil masa selama 25 minit.

url2 5977438053_c203c68830_z

Waktu Operasi
Isnin hingga Jumaat 10 pagi hingga 6 pm
Sabtu dan Ahad pukul 9 pagi hingga 6-.30pm

Cuaca
Kereta kabel tidak akan beroperasi dalam keadaan cuaca yang sangat buruk atau apabila Taufan tahap 3 atau lebih tinggi diumumkan oleh pihak Jabatan Metrologi Hong Kong.

Tiket
Ada pelbagai jenis tiket dan pakej yang dijual untuk menaiki Ngong Ping 360 ini. Tetapi biasanya, pengunjung akan membeli tiket untuk kabin biasa ataupin kabin kristal. Yang membezakan antara kedua kabin ini ialah lantai kereta kabel kristal ini diperbuat daripada kaca. Jadi kita akan akan nampak bahagian bawah lantai. Kalau pengunjung yang takut kepada ketinggian, lebih baik ambil kabin biasa sahaja. Tetapi kalau pengunjung ingin merasa kelainan, mungkin menaiki kereta kabel kristal suatu pengalaman yang unik untuk diingati ketika melawat Hong Kong. Untuk mengetahu harga tiket boleh rujuk di website ini:- Tiket Ngong Ping 360

url

Untuk mengelak dari beratur lama bagi membeli tiket dikaunter, lebih elok membeli tiket secara online terlebih dahulu. Dengan membeli tiket secara online, kita tidak perlu beratur dan boleh terus mengambil tiket. Selain itu, membeli secara online lebih murah dengan diskaun 10% dari harga tiket biasa. Tetapi perlu diingatkan, tiket online hanya boleh dibeli paling awal 7 hari sebelum tarikh lawatan.

Tempat Menarik di Ngong Ping 360

Ngong Ping Village dibina untk mempamerkan gaya seni bina Cina tradisional dan direka untuk menggambarkan suasana alam sekitar. Disini juga terletak Giant Buddha di atas puncak bukit. Untuk sampai ke Giant Buddha ini, pengunjung perlu memanjat anak tangga yang agak tinggi. Selain itu, antara tempat lain yang ada di sini ialah Monket Tale Theatre, Ngong Ping Tea House , cafe cafe dan juga kedai kedai cenderamata. url5 3762170492_4b48c4e1aa_b

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

One response to “Ngong Ping 360

  1. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s