Qaleesya – 10 Bulan

Lama tak bercerita pasal perkembangan si comel Qaleesya ni. Qaleesya dah pun berumur lebih kurang sepuluh bulan sekarang Sekarang ni dia memang tengah aktif merangkak, memanjat dan boleh berdiri sendiri. Tempat kegemaran untuk dia memanjat ialah sofa kat rumah ni dengan kaki mama dia.Saya rasa memang tak lama lagi dia akan pandai berjalan.

DSC_0382 DSC_0567

Lagi satu yang menarik ialah giginya dah banyak! Gigi kat atas ada 4 dan gigi bawah ada 3, so tujuh semuanya. Cepat sungguh tumbuh. Jadi, bila baby dah tumbuh gigi ni, kena la jaga daripada awal. Bukan apa, takut nanti belum masuk sekolah gigi dah rongak, nanti dah tak comel lagi. Kami juga memang tak bagi Qaleesya pakai puting. Kata orang, nanti gigi cepat rosak atau tak elok. Saya tak pasti kebenarannya, tapi memang Qaleesya atapun abangnya dulu pun tak pakai puting juga.

DSC_0417 DSC_0407

Semenjak pandai merangkak ini juga, memang semua benda yang dia jumpa atas lantai dia akan kutip. Kalau kita makan apa-apa, jangan la nak makan atau tayang kat dia.. Mesti dia pun nak sama. Kalau suap makanan kat mulut dia, dia mesti takkan menolak punya. Nampaknya Qaleesya ni suka makan sedikit berbanding abangnya Eiman yang agak pemilih.

Qaleesya juga dah pandai buat memek muka dan tunjuk perasaan. Kalau saya tengok dan senyum dekat dia, cepat-cepat dia rebahkan kepala kat bahu mama dia konon-konon pemalu. Kalau kita ambil barang yang dia tengah pegang, memang dia akan menjerit sebab marah. Lagi satu dia memang suka mengacau abang dia Eiman. Kalau abangnya tengah tidur, kadang kadang dia datang dekat dekat dan tarik tarik abang dia suruh bangun. Memang marah lah Eiman kalau kena kacau time tengah tidur macam tu., Kelakar juga kadang kadang tengok telatah Qaleesya ni.

DSC_0464 DSC_0453 DSC_0471 DSC_0475

DSC_0544

Memang cepat rasanya masanya berlalu, terasa macam baru sahaja Qaleesya keluar dari perut mamanya. Tengok tengok sekarang dah besar dan boleh berdiri sendiri. Kadangkala saya rasa nak  freezekan time to keep this moment last forever…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s