[Aeroangkasa] Aircraft On Ground (AOG)

Minggu lepas merupakan giliran saya untuk bertugas “on call duty”. Oleh kerana operasi penerbangan adalah 24 jam, saya dan rakan rakan di tempat kerja mengambil giliran untuk standby “duty on call” untuk membantu operasi penerbangan jikalau terdapat masalah teknikal. Sedikit malang, cuaca di HK pada hujung minggu lepas memang agak buruk dengan keadaan hujan dan ribut petir. Disebabkan cuaca sebegini, banyak juga flight yang dibatalkan dan delay kerana masalah teknikal. Tambahan pula hujung minggu lepas, kebanyakan masalah adalah berkaitan dengan struktur pesawat, jadi memang saya sangat sibuk dengan panggilan telefon yang tidak putus putus tentang masalah pesawat AOG ini.

AOG-Services

Didalam industri penyelenggaraan pesawat, istilah “AOG” memang tidak digemari. Aircraft on Ground ataupun singkatannya AOG merupakan istilah yang merujuk kepada keadaan masalah teknikal yang serius yang menyebabkan pesawat tidak dapat meneruskan perkhidmatan dan terpaksa di rehatkan (grounded). Keadaan pesawat AOG ini menyebabkan penerbangan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Namun begitu, tidak semua masalah pada pesawat menyebabkan ianya tidak dapat meneruskan operasi. Jika masalah tersebut tidak berkaitan dengan masalah keselamatan atau mengurangkan keupayaan terbang pesawat, kerosakan tersebut boleh ditangguhkan dan diperbaiki di kemudian masa.

AOG

Contoh yang paling mudah ialah kerosakan pada meja makan tempat duduk penumpang, ianya tidak meengurangkan keupayaan terbang pesawat dan kapal terbang masih lagi boleh terbang dengan selamat. Jadi, pesawat tidak perlu direhatkan hanya kerana masalah ini. Cumanya, tempat duduk pesawat yang rosak itu tidak akan digunakan dan tidak dijual kepada pelanggan.

20120227_3

Tetapi jika masalah teknikal tersebut mempunyai kaitan dengan keupayaan terbang pesawat (contohnya masalah enjin atau kerosakan pada badan pesawat), ianya perlu diselesaikan secepat mungkin sama ada dibaiki atau menukarkan komponen yang bermasalah.

2469934_l

Masalah AOG perlu diselesaikan secepat mungkin, kerana pesawat perlu segera kembali meneruskan perkhidmatan sejurus selepas itu. Banyak kali juga saya mendapat panggilan kerana kerosakan dikenalpasti ketika penumpang sudah pun berada di dalam kapal terbang. Jadi keputusan perlu dibuat dengan segera. Memang terasa “time pressure” ketika mengendali masalah AOG ini kerana ia melibatkan secara langsung tentang keselamatan penumpang. Memang tanggungjawab ini sangat berat dan setiap keputusan perlu dibuat secara berhati hati, tetapi selagi mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan, Insya Allah tidak ada masalah dan selamat.

23333775_l

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

2 responses to “[Aeroangkasa] Aircraft On Ground (AOG)

  1. Pingback: [Aviation] Winglet & Sharklet | MudaBahaya·

  2. Pingback: Maintenance Control Center | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s