Victoria Peak

Kotaraya Hong Kong sering digambarkan sebagai bandar yang “liveable” dan “vibrant”.  Sebagai pelancong, salah satu pengalaman yang terbaik dan tempat wajib untuk dilawati adalah untuk melihat bandar ini adalah dari atas Victoria Peak. Pemandangan dari sini adalah menakjubkan, tidak kiralah sama ada berkunjung pada waktu siang atau malam. Mengikut sejarah, Victoria Peak merupakan kawasan penempatan kepada pentadbir kolonial Bristish suatu ketika dahulu dimana zaman Hong Kong masih di bawah pentadbiran British. Namun begitu, pada masa ini, kawasan the Peak ini merupakan kediaman kepada selebriti, ahli politik dan golongan atasan. Dikatakan bahawa hartanah di sini merupakan salah satu yang kawasan yang termahal di dunia!

Pengangkutan
Ada dua cara untuk sampai ke Victoria Peak, sama ada menaiki Peak Tram atau dengan bas. Kalau memilih untuk menaiki Peak Tram, stesten tram ini terletak di Central’s Garden Road St Joseph Building, dan boleh sampai ke sini dengan beberapa cara berikut:-
– Kalau dari Central Star Ferry Pier, naik bas bernombor 15C atau
– Kalau dari MTR Admiralty Station Exit B, ambil bas 12S dai Lippo Center Bus Terminus atau
– kalau ingin berjalan kaki, boleh sampai dengan keluar di MTR Central Station Exit J2, berjalan melalui Garden Road di antara bangunan Bank of China dan Cheung Kong Centre. Tempoh berjalan kaki ke stesyen Peak Tram ini mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Travel-SMH

Untuk alternatif jika tidak ingin menaiki tram, boleh juga memilih untuk menaiki bas (Citybus) bernombor 15 ke puncak Victoria Peak. Bas ini boleh diambil di terminal bas Exchange Square yang terletak berdekatan MTR Hong Kong Station, Exit D. Frekuensi untuk perkhidmatan bas ini ialah 7-15 minit sekali dari jam 06:15 hingga 00:15.

Perjalanan menaiki tram ini juga meamng menarik. Landasannya memang curam sekali dan semasa menaiki tram ini, kita juga boleh melihat pemandangan kotaraya Hong Kong dari sini.

Tambang
Bagi Peak Tram, harga tambang adalah seperti yang ditunjukkan dibawah. Ada juga pilihan seperti tiket kombo untuk masuk ke Sky Terrace 428 berserta tambang Peak Tram.

tambang-peak-tram

Untuk bas pula, tambangnya ialah HKD 9.80 sehala.

 

Tarikan di Victoria Peak

1. Peak Tower

The Peak Tower semasa dibina asalnya pada tahun 1997 tetapi kerja pengubahsuaian berlaku dalam tempoh dua tahun pada 2005/6. Pengubahsuaian ini termasuk struktur dalaman yang dibina semula, tingkap panorama dipasang dan anjung meninjau yang dibina di atas bumbung. The Peak Tower yang diubahsuai telah dibuka semula pada bulan November 2006. The Peak Tower ini dibuka dari 7 pagi hingga tengah malam dan kemasukan adalah percuma tetapi ada caj untuk memasuki bumbung Sky Terrace 428 yang merupakan pelantar anjung tinjau yang tertinggi di Hong Kong iaitu 428 meter di atas paras laut. Menara Peak Tower ini mempunyai enam tingkat. Disini juga terdapat kedai cenderamata, kafe, supermarket dan butik-butik pakaian.

url

2. Madame Tussaud
Antara lain yang ada di Peak Tower ialah muzium Madame Tussaud yang memaparkan patung lilin selebriti dan orang kenamaan. Tiket untuk masuk ke sini adalah HKD 240 untuk dewasa dan HKD 170 untuk kanak kanak (3-11 tahun). Membeli tiket secara online adalah lebih murah berbanding di kaunter.

Madame_Tussauds_HK

3. Sky Terrace 428
Dari tingkat 3 Peak Tower, kita boleh menaiki eskalator untuk ke Sky Terrace 428 . Ia dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam, Isnin hingga Jumaat dan juga 8:00-11:00 pada hari Sabtu , Ahad dan cuti umum. Akses ke sini adalah melalui pintu pagar di mana terdapat caj sebanyak HK $ 40 ( separuh harga bagi warga tua dan kanak-kanak ). Pembayaran boleh dibuat dengan Kad Octopus atau tiket boleh dibeli dari kaunter perkhidmatan pelanggan di tingkat bawah atau di stesyen Peak Tram Terminus . Pelawat yang tiba dengan Peak Tram boleh membeli tiket kombo untuk trem dan Sky Terrace 428 yang lebih murah daripada membeli secara berasingan. Pemandangan dari Sky Terrace iaitu 428 meter di atas paras laut dan juga pelantar anjung tinjau tertinggi di Hong Kong ini memang menakjubkan . Pelawat boleh melihat pemandangan di sepanjang Victoria Harbour, kawasan bandar utara dan pelabuhan Pulau Hong Kong, Kowloon dan semua bahagian New Territories.

SONY DSC

VP1

4. Peak Galleria dan Piazza
The Peak Galleria terletak berhadapan dengan Peak Tower dan menempatkan kedai-kedai cenderamata, kedai-kedai seni, pasar raya, kedai-kedai buku, kafe dan restoran.

peak-galleria-at-the

5. Victoria Garden
Victoria Peak Garden adalah taman yang terletak di puncak Victoria Peak. Untuk sampai ke sani, boleh berjalan keatas mengikuti Jalan Mount Austin (yang bermula bersebelahan dengan Restoran Peak Lookout) kira-kira 15/20 minit.

VG victoria peak hk

6. The Police Museum
Muzium Polis yang terletak di 27 Coombe Road adalah sebenarnya sebuah Balai Polis Wan Chai Gap suatu ketika dahulu. Muzium ini yang telah diubahsuai pada tahun 2010, dikendalikan oleh Jabatan Polis Hong Kong dan mempunyai lebih 700 pameran di empat galeri di dua tingkat. Ini termasuk geleri memaparkan sejarah pasukan polis, galeri geng kongsi gelap, galeri narkotik dan sebagainya. Ini adalah muzium kecil yang menarik, tetapi tak ramai pelancong yang tahu mengenainya. Untuk sampai ke muzium ini, pengunjung perlu menaiki bas bernombor 15 dan berhenti di perhentian bas “Wan Chai Gap Road, Peak Road” . Dari sini ikut signboard ke muzium dan tempoh berjalan kira kira 5 minit. Muzium ini dibuka pada hari Ahad, Rabu sehingga Sabtu 09:00-5:00 dan Selasa 14:00-5:00. Ia ditutup pada hari Isnin dan cuti umum. Masuk adalah percuma.

hong-kong-police-museum-h-k-_ 32338200

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

4 responses to “Victoria Peak

  1. Pingback: Stanley Market | MudaBahaya·

  2. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

  3. Hi..sy moharini dr malaysia..sy bercadang ingin membawa keluarga bercuti di hongkong sempena cuti sekolah yg panjang. Di mana hotel yg paling sesuai utk sy tinggal? Sy juga bercadang utk membawa anak2 sy ke disneyland. Bulan berapa yg paling sesuai utk sy ke hong kong?

    • Hi Moharini…berkenaan hotel, sy cadangkan cik cari hotel dalam kawasan Kowloon berdekatan Tsim Sha Tsui atau Mongkok. Senang sikit nak cari makanan halal kalau duduk area ni. Boleh cari di website booking.com, agoda, hotels.com, etc….Kalau boleh pilih yang dekat dekat stesyen MTR supaya senang kemana2. Dari area kowloon ke Disneyland pun just boleh naik train mtr. Bulan apa pun okey kalau nak melancong ke sini. Cuti sekolah awal atau pertengahan bulan 12 pun okey juga kalau nak datang, masa ni baru nak start winter so cuaca pun tak terlalu sejuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s