[Aeroangkasa] Poket Udara – Wujudkah?

Kebanyakan penumpang yang menaiki pesawat mungkin pernah merasa fenomena keadaan seperti kapal terbang jatuh ke bawah secara tiba tiba di atas udara. Masih ramai yang beranggapan dan mengatakan bahawa fenomena ini berlaku kerana pesawat melangggar “poket udara” atau istilah Inggerisnya “air pocket” iaitu kawasan vakum yang tiada udara. Umum mengetahui bahawa komponen yang penting untuk membolehkan pesawat dapat terbang di udara adalah bahagian sayap kapal terbang. Aliran udara di kawasan sayap akan menghasilkan daya aerodinamik untuk pesawat.

pic4

Namun begitu, jika pesawat melalui kawasan vakum atau “poket udara”, tiada lagi aliran udara di sayap pesawat dan ia menyebabkan pesawat hilang daya aerodinamik.Kehilangan daya aerodinamik sementara ini dikatakan akan membuatkan pesawat jatuh secara tiba tiba dan kemudian kembali stabil selepas itu apabila melalui kawasan yang mempunyai udara semula. Namun begitu, adakah benar teori ini dan “poket udara” ini benar benar wujud?

aircraft-planes_hdwallpaper_air-turbulence-behind-a-plane_79391

Secara teknikalnya, poket udara sebenarnya adalah tidak wujud dan ia adalah tanggapan yang salah. Apa yang penumpang alami iaitu perasaan seperti pesawat tiba tiba jatuh kebawah adalah sebenarnya pergolakan udara atau “turbulence”. Pergolakan udara ini wujud disebabkan banyak faktor, salah satunya ialah pemanasan udara yang berbeza. Udara yang sejuk lebih tumpat dari udara yang lebih panas, dan perbezaan ini boleh menghasilkan aliran udara yang tidak menentu dan tidak stabil.

Aliran udara yang tidak stabil ini menyebabkan pesawat kadang kala melambung sedikit ke atas dan kebawah dan penumpang di dalam kabin merasa seakan akan seperti pesawat jatuh dari atas udara secara tiba tiba. Jadi, dakwaan bahawa fenomena ini disebabkan kapal terbang melalui kawasan vakum adalah tidak benar sama sekali. Namun istilah “poket udara” ini masih digunakan lagi sehingga kini bagi mereka yang tidak tahu.

SQ_First_Class_747_cabin

Pergolakan udara memang biasa berlaku ketika penerbangan namun ia sangat jarang sekali mendatangkan bahaya. Jadi untuk keselamatan, pasangkan tali pinggang keledar anda jika disuruh. Enjoy your flight!

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s