[Aeroangkasa] Burung Melanggar Kapal Terbang?

Seperti pesawat, burung juga boleh terbang di udara. Tapi yang membezakan antara keduanya ialah pesawat mempunyai saiz yang lebih besar dan diperbuat dari bahan yang lebih kuat seperti logam dan komposit. Oleh itu jika burung dan pesawat berlanggar di udara, memang ternyata burunglah yang akan menjadi mangsa.

Namun begitu, perlanggaran antara burung dan pesawat sedikit sebanyak akan mendatangkan kerosakan pada pesawat. Dalam industri penerbangan, kejadian pelanggaran dengan burung dan pesawat di udara disebut sebagai “bird strike”.

air-canada-boeing-767-bird-strike

tcx_b753_g-jmab_reus_130625_1

Hampir 90% kejadian bird strike berlaku ketika pesawat berlepas, mendarat atau terbang di ketinggian yang rendah.  Jika ada perlanggaran dengan burung ketika di udara, selalunya ia mendatangkan kerosakan pada bahagian hadapan pesawat. Mengikut statistik, hampir 3/4 daripada kejadian bird strike melibatkan sayap dan enjin pesawat.

AERO_2011_q3-04_02

Semasa proses persijilan pesawat, terdapat beberapa ujian yang dijalankan untuk memastikan enjin dan struktur pesawat mencapai tahap piawaian keselamatan untuk mampu menahan impak perlanggaran dengan burung di udara. Contohnya, ujian yang dijalankan adalah termasuk menembak burung atau ayam beku kedalam enjin pesawat. Untuk melepasi syarat, enjin perlu membuktikan ia masih dapat berfungsi dengan baik atau sekurang kurangnya dapat dipadamkan dengan selamat tanpa mengakibatkan kesan yang lebih kritikal seperti kebakaran atau bilah enjin tercabut. Boleh lihat video di bawah bagaimana syarikat pengeluar General Electric melakukan ujian ini ke atas enjin buatan mereka.

Memang nampak sedikit kejam, tetapi ujian ini terpaksa dilakukan untuk menjamin tahap keselamatan yang ditetapkan dapat dicapai.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “[Aeroangkasa] Burung Melanggar Kapal Terbang?

  1. Pingback: [Aviation] Kegagalan Enjin Pesawat Di Udara | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s