Citygate Outlet – Tung Chung

Citygate Outlet merupakan sebuah pusat membeli belah outlet yang terletak di Tung Chung. Ia merupakan pusat membeli belah yang berkonsepkan “outlet” yang pertama di Hong Kong. Kalau sesiapa yang kurang jelas, oulet merupakan kedai kedai di mana pengilang menjual produk mereka secara terus kepada orang awam. Jadi selalunya harga barang di kedai outlet lebih murah kerana tidak melibatkan orang tengah atau “middle man”.

3.2.2.4-Citygate-Outlets_03

Sebenarnya rumah kediaman saya terletak tidak jauh dari Citygate Oulet, boleh berjalan kaki untuk sampai ke sini. Setiap hari pun kalau saya balik dari pejabat, memang saya akan melalui shopping mall ini untuk sampai ke rumah. Ketika saya berhijrah ke HK 3 tahun lepas, Citygate Outlet tidak lah sesak seumpama keadaan sekarang ini. Tetapi kini, semakin ramai pelancong yang datang ke tempat ini terutama pada musim cuti dan hari hujung minggu. Mungkin kerana kedudukannya yang strategik menyebabkan semakin ramai pengunjung datang ke tempat ini.

citygateoutletshongkong7

Jarak Citygate Outlet dari HK International Airport hanyalah mengambil masa 10 minit dengan menaiki bas. Jadi ia memang tempat yang ideal kepada pelancong yang transit di HK tuntuk menghabiskan masa. Dan juga jarak antara Tung Chung ke taman tema HK Disneyland juga tidak jauh, hanya satu stesyen sahaja. Lagi satu tempat tumpuan pelancong ialah Ngong Ping 360, dimana stesyen kereta kabel juga terletak di Tung Chung dan berhadapan Citygate Outlet. Jadi, tak hairanlah memang semakin ramai pengunjung ke Citygate Outlet ini.

7918_174097925736_623040736_3307198_3038327_n

16 burberry_citygate_outlet citygate-hk-coach

Apa yang ada di sini? Selalunya pengunjung datang ke sini untuk membeli belah. Terdapat lebih 80 buah kedai di dalam shopping mall ini. Bergantung kepada musim jualan dan promosi, harga barang di sini dikatakan 30% – 70% lebih murah berbanding di kedai kedai bukan outlet diluar sana.

 

1024px-HK_Tung_Chung_One_CityGate_shop_Levi's_Outlet_Oct-2012adidas-outlet

citygate-outlets-hk-kate-spade

Untuk sampai ke Citgate Outlet, ada beberapa cara untuk sampai ke sini melalui:

Daripada HK airport: Boleh naik bas ke sini yang mengambil masa hanya 10 minit. Bas yang pergi ke Tung Chung adalah bernombor S64 & S1. Boleh juga kalau ingin menaiki teksi untuk lebih cepat.

Dari bandar atau tempat lain di HK: Cara paling mudah ialah dengan menaiki MTR melalui Tung Chung/Disneyland Line yang berwarna oren. Stesyen Tung Chung terletak di stesyen terakhir. Sampai sahaja di stesyen Tung Chung, keluar di exit C.

disneyland-to-tung-chung-mtr-route-map

1280px-HK_Tung_Chung_MTR_Station_C_Exit_sign_CityGate_Outlets_Oct-2012

Waktu operasi Citygate Mall adalah dari pukul 10:00 pagi hingga 10:00 malam. Selamat membeli belah !!!

Jika ingin membaca kesemua artikel saya mengenai Hong Kong dan tips melancong ke sini, boleh rujuk di pautan ini: Hong Kong

35 responses to “Citygate Outlet – Tung Chung

  1. Pingback: Tung Chung yang damai | MudaBahaya·

  2. Salam cik muda..nak tnya pendapat..kalo sy pnya flight smpai pagi dlm 9.35..sy igt nk ke ngong ping dulu rather than gi hotel dulu kat TST sbb bkn blh masuk blk lg pon kan awal2..ok tak? lgpon hari2 lain dah full. Bajet by noon 12-1 dah boleh gerak ke TST..boley ke?

    Bag boleh simpan kt citygate kan?
    Better naik bas ke mtr ke citygate dari airport?

    Mmg bajet ke ngong ping je kot..sblh blk sggah citygate lg skali baru nk jln2 shopping lps cekout dr disneyland..flight blk 8mlm..gerak dr citygate kul 6pm or kena awal lg?

    • Boleh juga plan awak tu..lagipun Citygate Tung Chung tak jauh dari airport. x der MTR dari airport ke Tung Chung, so memang kena naik bas atau teksi. Tambang bas HKD 3.50, kalau teksi dalam HKD 50. kalau naik teksi, setiap beg luggage dia akan charge lagi HKD5 setap satu. Kalau naik bas lg murah, ambik bas No. S1 atau S64.Dekat Citygate mmg ada service simpan luggage, tanya kat info counter dlm shopping mall..

      Citygate ke airport x jauh.. naik bas dalam 15 minit sahaja. Tapi check in 2 hours before departure, so better gerak dari Tung Chung pkl 5:30 pm maybe..

  3. Oo lg 1 yg dk pk tu…nak beli tiket cable car ke Ngong Ping tu q panjang x? Igt nk amik blh naik crystal cc..turun biasa pnya

    • Kalau weekend maybe panjang sikit…tapi sy tak pasti berapa lama. My guess maybe 0.5 hour kot..
      Why not beli online jer? Lagi murah rasanya, diskaun 10% kalau tak silap saya..

      • Ha’a laaa..br tgk tkt online dia..ok la ada 10% disc utk 1way std 1way crystal..mmg sy nk ambik mcm tu..jd murah sket dr price tmpat2 lain..thanks again

    • Salam…maaf kat Citygate memang x ada makanan halal…dulu mmg ada kedai pakistan kat dalam foodcourt, tapi for some reason dah tutup dah..anyway, wife sy ada buat service part time food delivery..boleh refer kat post sy mengenai halal food delivery in Tung Chung.
      tapi bergantung kepada date bila nak tempah, macam cuti krismas kitorang akan balik ke Malaysia 20 Dec – 5 Jan.
      Berkenaan dengan cuaca tu, tgh Dis ialah dalam minggu ni le kan? Weather dlm minggu ni adalah sekitar 11-16 degree. Sejuk la juga. kalau nak ramalan cuaca yang tepat, boleh refer kat HK Observatory website (pls google HK Observatory)..

      • Owhhh i will refer to ur post on food delivery .interesting πŸ™‚
        Going with 2kids next tuesday.mak oii sejuk nya 11-16.
        Thnkssss for the info ☺️

  4. Tuan Ir, Ada restoran halal 24-jam kaT area Tsim Sha Tsui. Breakfast kt area tu mula operasi pukul berapa. Trip saya bulan Mac nanti Insha Allah

    • kebanyakannya buka pkl 10 pagi sampai 10 mlm..tapi mungkin di Chungking Mansion Tsim Tsa Tsui dekat ground floor memang banyak kedai pakistan/india halal..mungkin ada yang buka 24 hours kot sbb tak pernah nampak diorang tutup…boleh check tgk nanti

  5. Hai.. cuaca di hongkong pada bulan september sejuk ke? Teksi dihongkong mempunyai pelbagai warna.. so untuk ke outlet, disneyland atau kemana teksi berwarna ape yg paling murah?

    • Hi fyna.. Bulan sep takder lah sejuk…suam suam kuku ler kot. Pakai mcm kat malaysia saja..
      Teksi ada 3 kaler sahaja, ikut kawasan..merah, hijau n biru..tambang tak der beza, sama sahaja ikut meter. Kalau nak pegi disneyland boleh pakai teksi merah atau biru.

  6. Pingback: Cadangan Travel Itinerary ke Hong Kong | MudaBahaya·

  7. Hi.. Sy nk ke hk sabtu ni.. Nak tnya cuaca skg ok tak? N plan nak g citygate outlet time ktorg nak dkat balik nti since our flight balik nti pun jam7.35pm mcm tu. so awal tu n sblm g airport nak g sna dlu. Bole bagi direction utk dr ke citygate outlet ke airport??? N plan nk nail cable cr utk ke ngongping. Tp tgk website kata cable car under maintanance. Sedih 😦 n 1 more question.. Hihi.. Dr citygate outlet ke ngongping kena naik apa ye since cable car not function??? Tq info πŸ™‚

    • Sekarang cuaca tak menentu..hari isnin mungkin hujan rasanya. Hari lain maybe ok. Tgk ramalan cuaca lah nak tahu lebih lanjut.
      Dari citygate ke airport boleh naik bas nombor S1 dlm 15 min dah sampai epot. Stesyen bas tung chung sebelah citygate aja. Dari citygate bak ke ngongping boleh naik bas nombor 23. Ambil bas kat stesyen bas juga.

  8. Salam bang. Tumpang tnya. Kalo dr epot naik bas S1 ke tung chung & rayau2 ngong ping, lepas tu nak ke chung king mansions ade bas direct ke sana ke? Ada pilihan yg lg murah x slain naik MTR & tukar train kt Lai King? Ke kena patah balek ke epot lepas tu ambil bas A21 ke Tsim Sha Tsui?

  9. Assalamualaikum bang.. chef dh balik Ke πŸ˜„.. ingat nak tanye bout food delivery…sbb husband stay novotel city gate.

  10. Kalau dari Airport ke cityGate , lugage semua boleh simpan di mana?dan daripada CityGate nak ke Hotel di area The Peak boleh naik apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s