[Aeroangkasa] Pintu Kecemasan Kapal Terbang

Setiap kali saya menaiki flight, ada satu perkara yang saya akan sentiasa ambil tahu dan peka iaitu kedudukan pintu kecemasan (emergency exit) yang terdekat. Sebelum pesawat berlepas, safety briefing akan ditayangkan melalui monitor tv sistem hiburan (In-fight Entertainment System), tetapi adakah anda perasan setiap kali sampai kepada penerangan mengenai bahagian emergency exit, cabin crew akan menggunakan tangan menunjukkan pintu kecemasan yang terdekat. Ini menunjukkan maklumat ini sangat penting untuk diketahui.

flight-attendant-exits

Ramai yang ambil mudah dan tidak mengambil peduli, tetapi perkara ini bagi saya sangat penting. Bayangkan ketika berlaku pendaratan cemas, dengan kabin pesawat yang gelap dan diliputi asap tebal, anda tidak mempunyai masa untuk berfikir dan meneka dimana sebenarnya pintu kecemasan. Dalam situasi itu, perkara paling utama ialah bertindak untuk keluar dari pesawat secepat mungkin. Jadi, tahu dan ingat kedudukan pintu kecemasan boleh membantu memendekkan waktu untuk kita segera bertindak. Walaupun kapal terbang merupakan jenis pengangkutan paling selamat dan kemalangan melibatkan pesawat sangat jarang berlaku, tetapi tidak salah untuk kita peka demi keselamatan diri sendiri dan keluarga.

door

Di setiap pintu pesawat akan dilengkapi dengan luncur keselamatan yang dimakan “escape slide” atau “evacuation slide”. Slide ini digunakan untuk memindahkan penumpang dengan cepat dalam situasi kecemasan. Adalah mustahil untuk penumpang untuk terjun ke daratan tanpa kecederaan kerana tinggi diantara pintu pesawat dan daratan sekurang kurangnya melebihi 6 kaki (1.8 meter).

787 ANA evacuation slides1

Dimana terletaknya “escape slide” ini? Kalau anda perasan, setiap pintu pesawat mempunyai struktur bahagian berbentuk seperti kotak dimana escape slide dibungkus dan disimpan disini. Boleh lihat seperti contoh gambar di bawah untuk lebih lanjut. Di waktu penerbangan normal, cabin crew akan mematikan (disarm) sistem pintu pesawat sebelum membuka pintu selepas mendarat. Tetapi ketika kecemasan, membuka pintu tanpa mematikan sistem pintu pesawat akan mengaktifkan escape slide secara automatik. Boleh baca safety card yang diberikan kepada anda untuk mengetahui bagaimana cara untuk membuka pintu pesawat ketika kecemasan.

preview_html_m3fd5da27

Selain itu, sebahagian escape slide juga direka untuk berfungsi sebagai rakit untuk digunakan dalam kes pendaratan di atas air.

1549

Saya juga terjumpa satu video menarik di Youtube tentang bagaimana proses pembuatan escape slide. Saya rasa video ini amat menarik. Boleh tonton di pautan di bawah jika berminat:

Antara perkara lain yang berkaitan ialah mengenai pemadaman lampu ketika berlepas dan mendarat. Di dalam fasa penerbangan, saat yang paling kritikal ialah ketika pesawat berlepas dan melakukan pendaratan dan ketika ini lampu akan dimalapkan. Kenapa ya?  Ia bertujuan supaya mata penumpang penumpang boleh menyesuaikan diri dengan keadaan gelap. Secara biologinya, mata manusia memerlukan beberapa saat untuk menyesuaikan dengan suasana kegelapan. Tak percaya? Boleh cuba dengan berada di dalam tempat yang terang, dan kemudian masuk kedalam bilik yang gelap. Memang mata kita akan ambil masa. Jadi ini menyukarkan kita untuk bertindak jika berlaku kecemasan dimana kuasa eletrik pesawat mungkin terputus dan lampu di dalam kabin tertutup. Jadi lampu pesawat memang sengaja ditutup untuk penumpang membiasakan diri dengan kedaan gelap dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

2010_11_06_JA___VirginSnapshot

Lagi satu sebab ialah kerana kajian menunjukkan manusia akan lebih waspada dalam keadaan gelap. Semasa lampu kabin dimalapkan, penumpang akan lebih fokus terhadap laluan dan kedudukan pintu kecemasan. Suasana malap di dalam kabin akan membuatkan penumpang lebih bersedia untuk sebarang keadaan kecemasan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “[Aeroangkasa] Pintu Kecemasan Kapal Terbang

  1. Pingback: [Aviation] Apa Yang Tidak Perlu Dilakukan Ketika Situasi Kecemasan | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s