Sydney – Day 5 & 6

Hari Kelima
Destinasi pertama pada hari kelima ialah the Rock Market dan the Rock Muzium yang terletak di Circulay Quay. Semasa di hari pertama, kami ada menjengah di kawasan ini pada waktu malam. Tetapi pada waktu malam, ia hanya lebih kepada pub dan restoran. Pada hari Ahad, tempat ini penuh dengan gerai gerai jualan. Macam macam souvenir boleh dibeli, tapi harga di sini agak mahal berbanding di Paddy Market.

Selepas habis berjalan jalan di sini, kami sempat pergi ke The Rock Muzium yang memaparkan galeri kehidupan penempatan pertama di Australia yang terdiri dari pesalah peslah yang di buang dari Great Britain. Saya tertarik dengan sejarah dimana ada seorang pesalah melakukan kesalahan seperti memalsukan duit berharga 1 pound dan kemudiannya di buang ke Australia. Ini membuat saya terfikir betapa kehidupan pada zaman dahulu amat sukar dan payah, dengan kesalahan yang hanya sebegitu, hidupnya bertukar 360 darjah dan dibuang jauh dari keluarga.

DSC_0135 DSC_0139 DSC_0143 DSC_0149

Selepas itu, kami mengambil feri ke Cockatoo Island di Wharf 4. Ramai yang tak tahu pasal pulau ini. Di sini sebenarnya ialah tempat tahanan pesalah pesalah dan juga tempat mereka dikerah membina kapal laut. Pulau ini menjadi larangan selama lebih 100 tahun dan kini dibuka untuk pelancong. Di sini kita boleh lihat dan rasa bagaimana keadaan banduan ketika itu. Ada juga kawasan kem jika sesiapa yang ingin berkhemah di sini.

DSC_0187

DSC_0167 DSC_0180  DSC_0189 DSC_0190 DSC_0193 DSC_0222

Selesai di Cockatoo Island, kami pulang ke Circulay Quay. Kemudian dari situ kami menuju ke Fish Market. Tempat ini terkenal dengan makanan laut dan ramai pelancong yang datang untuk merasa makanan laut di sini.

DSC_0238 DSC_0242 DSC_0255 DSC_0257

Dari Fish Market, kami menuju ke Darling Harbour semula untuk mengambil angin. Kami singgah di Hard Rock cafe untuk mengambil gambar. Hard Rock Cafe Sydney terletak dalam bangunan Harbourside Shopping Center, Level 2. Setelah menyusuri Darling Harbour sambil mengambil angin petang, kami mambawa Eiman ke playground yang tak jauh dari situ. Seronok Eiman dapat jumpa playground sambil main pasir di sandpit.

DSC_0283 DSC_0289 DSC_0312

Habis main di playground, kami pun pulang ke tempat penginapan dan bersiap siap untuk pulang ke HK pada awal pagi besoknya.

Hari Keenam
Awal pagi lagi kami sudah berada di Sydney Airport untuk mengambil flight. Yang peliknya di sini, menggunakan trolley di airport ini dikenakan bayaran – AUD 4. Memang sedikit janggal dan tak mesra pengguna. Selain itu, Sydney Airport memang sedikit sempit dan agak crowded. Tak mustahil lah airport ini bukan salah satu dari yang terbaik. Takpelah.

Dalam airport ini, saya terjumpa dua kedai yang menyediakan makanan halal iaitu Taste of Thai dan Sahara Grill. Sempatlah saya makan di Taste of Thai sementara menunggu flight balik ke HK.

DSC_0372-2 DSC_0375

Secara kesuluruhan, bandar Sydney memang agak tenang dan berjalan di sini memang agak mudah. Kemudahan pengangkutan awam yang bagus, komunikasi pun tak ada masalah sebab semua orang berbahasa Inggeris, tidak terlalu sesak dan penduduk di sini agak ramah. Bila sesat, saya hanya perlu bertanya dan penduduk di sini sedia membantu menunjukkan jalan. Saya juga berasa amat selamat sepanjang perjalanan saya di sini. OK pesawat kami pun dah nak berlepas, jadi that’s all about Sydney dan sampai disini sahaja perjalanan saya di bumi wallabies ini.  Moga bertemu kembali di lain kali kalau ada kelapangan dan umur yang panjang. Good bye mate ….:)

DSC_0330

5 responses to “Sydney – Day 5 & 6

  1. Pingback: Sydney – Day 4 | MudaBahaya·

  2. Hi, saya baca semua entry awk ke sydney. Cuma sy nak tau tentang penginapan yang awk pilih spjg di sydney. Dan harganya sekali, senang utk kami buat budget.

    Selain itu, sy juga ada anak kecil yang akan ke sydney bersama2 kami berusia 1 tahun. Tapi ada tips nak dikongsikan tak tentang makanan yang sesuai utk bg die makan masa berjalan2 di sydney? Perlu bawa slow cooker utk bubur ke? Harap dapat membantu.

    • Salam Suhaiza..sorry lambat reply, bz sikit. Masa saya pegi Sydney dulu, saya tinggal kat Malaysia Hall (MH). Sebab utama sy atay kat sini ialah senang nak dpt makanan halal, so tak payah susah nak pikir mana nak cari. Dekat MH ni ada canteen/cafe, so memang senang lah. Kalau nak order bungkus untuk bawa pegi sightseeing pun boleh. Dekat sana ada family room, so boleh apply yang itu lah kalau pegi dgn family mcm awak. Kat sana pun ramai student malaysai, nak tanya apa2 info pun senang. Refer kat website ni pasal MH dan juga application form. http://www.ema.org.au/v2/malaysia-hall/malaysia-hall-sydney/.
      Ramai visitor dari Malaysia yang stay kat MH ni, so memang kena book awal2 lah at least 3-4 bulan sebelum tarikh lawatan.
      Pasal makanan baby tu, saya bawa bubur instant dan juga puree yang dalam botol (jenama Heinz). Jadi senang tak payah nak masak masak. Lgpun kat MH memang tak boleh masak sbb smoke detector sangat sensitif. Kalau nak panaskan makanan sendiri, boleh pegi canteen sebab diorang ada sediakan microwave oven dan juga air panas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s