Sydney – Day 4

Hari Keempat
Tempat pertama pada hari keempat ialah di Darling Harbour. Dari Circular Quay, saya menaiki feri untuk ke sana di Wharf 4. Di Darling Harbour ada banyak lagi tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti Madam Tussaud, Sealife Sydney Aquarium dan Sydney Wildlife World. Tapi sengaja saya skip tempat tempat macam ni sebab seperti Madam Tussaud pun ada juga di HK dan saya sudah pergi ke Taronga Zoo untuk melihat binatang binatang yang saya rasa lebih menarik.

DSC_0974 DSC_0991 DSC_1002  DSC_1029 DSC_1027

DSC_0023

Di Darling Harbour juga ada terdapat Australian National Maritime Museum yang mana tempat ini lebih menarik bagi saya kerana di sini juga kita boleh melawat muzium kapal perang HMAS Vampire dan juga kapal selam. Malangnya ketika ingin membeli tiket, saya diberitahu kanak kanak di bawah 90 cm tidak dibenarkan untuk masuk ke kapal. Memang sedikit kecewa sebab tak boleh masuk. Jadi kami hanya melihat kawasan di sekitar muzium sahaja.

DSC_0986 DSC_1010

Berdekatan dengan muzium terdapat satu shopping mall iaitu Harbourside Shopping Centre. Di dalam shopping mall ini, ada satu restoran Pancake on the Rock yang mana ia memang terkenal di Sydney dengan hidangan pancake.

DSC_0029

Destinasi seterusnya ialah University of Sydney. Dari Darling Harbour, kami naik tram ke stesyen Central dan kemudian mengambil bas di Railway Square di George Street. Untuk sampai ke University of Sydney, boleh naik bas 412, 413, 436, 438, 439, 440, 461, 480, 483 atau metrobus m10. Apa yang ada di University of Sydney? Sebelum saya ke sini, saya ada terbaca pemandangan di sini cantik. Memang pun,  terasa seperti dalam cerita Harry Porter pula.

DSC_0058 DSC_0060 DSC_0061 DSC_0071 DSC_0073 DSC_0074 DSC_0079 DSC_0116

Balik dari University of Sydney, kami menaiki bas ke George Street yang berdekatan dengan Central Station. Di sini, kami terjumpa satu restoran halal Cina, Poplar Central Asian Cuisine. Alamatnya ialah 804 George St Sydney. Selalunya restoran Cina halal adalah dari daerah Xinjiang dan makanan lebih kurang serupa dengan restoran halal Cina di HK juga. Seperi biasa, Eiman order beef noodle kesukaannya.

DSC_0121 DSC_0123 DSC_0125 DSC_0128 DSC_0134

Setakat itu untuk hari keempat. Sambung di  Sydney – Day 5 & 6

One response to “Sydney – Day 4

  1. Pingback: Sydney – Day 3 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s