Sydney – Day 3

Hari Ketiga
Hari ke 3 cuaca lebih bagus. Memang hari yang sesuai untuk ke Taronga Zoo. Sebelum datang Sydney, memang saya dah beli awal awal tiket melalui online sebab beli online lebih murah dan ada pakej family. Family package untuk 2 dewasa dan 1 kanak kanak berharga AUD 93.50. Yang paling penting, tak perlu tetapkan tarikh lawatan dan boleh melawat bila bila masa sebelum tarikh luput. Jadi lebih mudah, sbbnya nak datang melawat mestilah kena tengok ramalan cuaca juga dan pastikan hari apa yang ok. Boleh klik di pautan ini untuk lebih lanjut: https://sales.taronga.org.au/.

DSC_0500DSC_0515

Untuk sampai ke Taronga Zoo, kebanyakan pelawat akan naik ferry. Di Circular Quay, saya menaiki ferry di Wharf 2 untuk ke sini. Sampai di terminal ferry Taronga Zoo, kita boleh naik kereta kabel untuk ke pintu masuk. Tapi perkhidamatan ini hanya untuk sesiapa yang sudah membeli tiket in advance. So kalau belum beli tiket, memang kena naik bas atau berjalan kaki untuk ke pintu masuk utama bagi membeli tiket.

DSC_0832 DSC_0835

DSC_0544 DSC_0545

Selepas menaiki kereta kabel, saya terus membeli tiket untuk mengambil gambar dengan beruang koala. Harganya ialah AUD 19.95 untu satu family. So boleh tengok koala dengan lebih dekat dan ambil gambar.

DSC_0606

Dah lama sebenarnya saya tak melawat zoo. Tapi sebelum ini memang Eiman ada minta untuk pergi ke zoo di Sydney sebab dia nak tunjukkan singa dan kangaroo dekat adik dia Qaleesya.

DSC_0558  DSC_0564 DSC_0596 DSC_0615 DSC_0624 DSC_0628 DSC_0630 - Copy DSC_0640 DSC_0646 DSC_0673 DSC_0679 DSC_0693 DSC_0744 DSC_0768  DSC_0777 DSC_0787 DSC_0792

Apa yang istimewa di sini ialah mengenai pertunjukan singa laut dan burung yang saya rasa sangat menarik.

DSC_0814

DSC_0772

Semasa kami duduk berehat makan fish n chips untuk makan tengah hari, ada seekor burung sebesar itik angsa datang entah dari mana dan mematuk makanan yang sedang di makan oleh Eiman. Bila saya tengok muka Eiman waktu itu, dia memang terkejut dan tergamam, dan kemudian menangis sekuat hati. Burung tersebut masih belum berpuas hati dan ingin mencuba lagi untuk kali kedua dan saya terus mendapatkan Eiman yang sangat takut dan saya sendiri menghalau burung nakal tersebut. Ramai pelawat lain melihat dan tersenyum melihat burung besar sedang mengusik budak kecil. Memang sedikit kelakar untuk diingati, tetapi rasa kasihan kepada Eiman yang kelihatan sangat  terkejut dan takut.

Habis lawatan ke zoo, kami pulang ke Circular Quay dan kemudian menaiki train ke St. James station. Destinasi seterusnya ialah melaway Hyde Park yang merupakan taman awam tertua di Sydney. Berdekatan dengan Hyde Park ini, ada satu lagi bangunan bersejarah iaitu St Mary Cathedral.

DSC_0852 DSC_0855 DSC_0864 DSC_0885 DSC_0898 DSC_0907 DSC_0921 DSC_0940

Habis hari ketiga dan bersambung di sini: Sydney – Day 4

One response to “Sydney – Day 3

  1. Pingback: Sydney – Day 2 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s