Sydney – Day 2

Hari Kedua

Hujan membasahi bumi di awal pagi pada hari kedua saya di sini. Kalau ikut perancangan awal, hari ini sepatutnya saya berjanji dengan Eiman nak bawa dia ke zoo. Namun memandangkan ramalan cuaca yang mana hujan sehingga ke petang, saya tangguhkan dulu plan untu ke zoo. Mujurlah Eiman boleh faham bila saya terangkan kepadanya. Jadi pada hari kedua, kami ubah plan dan menuju ke Paddy Market. Paddy Market ini sebenarnya ialah tempat untuk membeli barang souvenir. Ia terletak di bangunan shopping mall Market City. Mula mula saya ingat Paddy Market ini seperti Petaling Street di KL atau Mongkok di HK. Rupanya tak, Paddy Market terletak di dalam bangunan Market City shopping mall di tingkat bawah.

DSC_0309

DSC_0313

Untuk pergi ke Paddy Market, saya naik bas ke Circular Quay dan seterusnya ambil bas lain ke Paddy Market. Dari Circulay Quay, kita boleh ambil bas bernombor 436 – 440 untuk sampai ke tempat ini. Memang saya tak tahu bila nak tekan loceng, tapi saya bagitahu awal awal kepada driver bas dan meminta beliau untuk memberhentikan bas di Paddy Market. Pemandu bas di Sydney agak lebih friendly, so jangan segan kalau nak minta tolong atau bertanya soalan. Cumanya kalau nak bercakap dengan driver bas, kita hanya boleh bercakap ketika bas berhenti di perhentian bas. Kalau bas tengah berjalan, memang tidak dibenarkan bercakap mengikut undang undang di sana dan penduduk di sini memang mengikut peraturan. Jadi kalau nak mintak tolong, cakap awal awal kepada driver sebelum masukkan kad MyMulti di mesin. Selain menaiki bas, cara senang untuk sampai di sini ialah menaiki tram di mana memang ia akan berhenti di stesyen Paddy Market.

DSC_0336

Sampai di Paddy Market, bermulalah aktiviti membeli barang souvenir. Memang banyak souvenir di sini dan saya juga membuat perbandingan harga yang ditawarkan di tempat ini memang lebih murah berbanding tempat lain di Sydney bagi barang yang sama. Perlu diingatkan bahawa Paddy Market bukan di buka setiap hari. Ia di buka pada hari Rabu sehingga Ahad (termasuk Isnin jika jatuh pada hari bercuti) dari 9:00 pagi hingga 5:00 ptg.

DSC_0315 DSC_0316

Bersebelahan dengan Paddy Market di level yang sama, ada kawasan yang menjual buahan buahan segar, sayur dan bunga. Sempat juga saya ke sana untuk membeli bbuah angur dan plum. Memang harga buah dan sayur di Australia agak murah. Kebanyakan saiznya juga memang lebih besar berbanding apa yang ada di Malaysia. Contohnya di bawah saya snap gambar mengenai sayur terung gergasi yang saiznya sama seperti buah nangka. Memang di sini boleh nampak industri pertanian di sini agak maju dan mungkin ini juga salah satu sebab kenapa Australia mempunyai undang undang yang ketat mengenai kemasukan bahan makanan daripada luar.

DSC_0324 DSC_0325 DSC_0326 DSC_0329

Habis membeli belah, saya naik ke tingkat atas iaitu Market City shopping mall. Di sini, kami terjumpa satu kedai halal iaitu 7 Wonders Kebab. Ia terletak di Level 1 Shop R1.22. Kedai ini ada menjual makanan middle eastern, chips dan pizza.

DSC_0236

DSC_0226 DSC_0227 DSC_0230

Seperti di kebanyakan bandar bandar besar di negara lain, memang akan ada China Town. Di Sydney, China Town hanya terletak di hadapan Paddy Market/Market City.

DSC_0311

Destinasi seterusnya ialah Queen Victoria Building (QVB). Dari Paddy Markey, saya hanya berjalan sahaja ke tempat ini memandangkan ianya tidak jauh. Bangunan QVB ini sebenarnya ialah bangunan abad ke 19 dan kini menjadi salah satu shopping mall yang terkenal di Sydney. Apa yang menarik mengenai bangunan ini ialah reka bentuk yang klasik dan cantik.

DSC_0339 DSC_0372 DSC_0379 DSC_0381 DSC_0384 DSC_0387 DSC_0396 DSC_0431

Tidak jauh dari QVB iaitu dihadapannya ialah Sydney Town Hall.

DSC_0417

Untuk pulang ke tempat penginapan, kami pun naik bas semula ke Circulay Quay. Sebelum pulang, kami sempat berjalan jalan di the Rock Square. Tempat ini merupakan kawasan bermulanya sejarah pembukaan Sydney dimana bandar ini dibuka oleh pesalah pesalah yang di hantar dari Great Britain suatu ketika dahulu. The Rock merupakan salah satu kawasan penempatan orang dari Eropah yang pertama di sini.

DSC_0436 DSC_0458 DSC_0461

Memandangkang hari sudah gelap, perjalanan kami untuk hari ini habis disini. Bersambung pula di hari ketiga : Sydney – Day 3

One response to “Sydney – Day 2

  1. Pingback: Sydney – Day 1 | MudaBahaya·

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s