Sydney – Day 1

Hari Pertama

Memang sedikit gusar bila memikirkan untuk menghadapi perjalanan menaiki kapal terbang selama 9 jam dari HK ke Sydney. Walaupun Qaleesya sudah biasa menaiki pesawat untuk berulang alik dari HK-KL, tapi tempoh penerbangan ke KL tidaklah selama ini. Lagipun sekarang ini, Qaleesya memang dah mula aktif merangkak dan memanjat. Pantang letak kat bawah, memang memanjat lah kerjanya, tak kiralah sofa, kabinet dan sebagainya. Oleh itu, memang saya sengaja memilih flight pada malam hari dengan harapan Qaleesya boleh tidur sepanjang flight dan tak banyak sangat karenahnya.

DSC_0012 DSC_0021

Sebelum bercerita tentang pengalaman saya di Sydney, baik saya beri sedikit maklumat mengenai persediaan penting sebelum ke negara Kangaroo ini. Yang pertama dan paling penting ialah visa. Yup, memang warganegara Malaysia perlukan visa untuk ke Australia. Tetapi yang mudahnya, Malaysia merupakan salah satu negara yang diberi kemudahan dimana kita boleh apply sendiri secara online. Harga visa untuk setiap orang AUD 20 dan kita boleh apply visa di website ini: https://www.eta.immi.gov.au/ETA/etas.jsp. Bayaran untuk visa adalah melalui kad kredit. Hanya isi butiran butiran pasport, tempoh lawatan, tujuan dan membuat bayaran secara online.

Yang kedua ialah makanan. Saya memang tak ada pilihan dan terpaksa bawa makanan dari sini untuk ke Sydney terutama susu dan makanan bayi untuk Qaleesya. Saya juga bawa sedikit makanan dalam tin untuk persediaan jikalau susah untuk jumpa restoran halal di sana. Disebabkan saya pernah ke Melbourne atas urusan kerja sebelum ini, memang saya tahu peraturan untuk membawa makanan dari luar memang agak ketat. Jadi yang paling penting, semasa isi landing form yang diberikan, sila declare dengan jujur jika anda bawa masuk makanan (berasaskan tenusu, kekacang, daging, ayam, dsb) ke Australia. Begitu juga kalau untuk ubat ubatan.

Saya bawa ubat demam dan selsema untuk Eiman dan Qaleesya sebagai persediaan, dan saya juga declare juga ubatan ubatan ini semasa mengisi landing form tersebut. Semasa di Sydney Airport, memang pegawai kastam akan bertanya apakah bahan makanan atau ubat (drug) yang dibawa. Jadi saya hanya terangkan kepada pegawai tersebut  yang saya membawa makanan bayi, makanan diproses didalam tin yang dibeli di supermarket, dan ubat ubatan kanan kanak. Puas hati dengan jawapan saya, dia melepaskan saya tanpa memeriksa bagasi kami. Jadi nasihat saya, declare apa yang anda bawa dan bersikap jujur.

Australian-Incoming-Passenger-card-Front

Flight CX161 tiba di Sydney Airport lebih kurang 9 pagi. Semasa dalam flight, memang Qaleesya tidur sahaja dan alhamdulillah, dia tidak buat ragam sangat. Sampai sahaja di Sydney Airport, saya terus mencari kedai untuk membeli simcard. Ye lah kan.. nak tengok map, cari maklumat kalau sesat atau call ketika emergency, memang perlukan line telefon dan internet.

Di kawasan arrival airport memang ada gerai telco yang menjual simcard. Saya memilih untuk membeli simcard dari Lebara. Harganya AUD 29 dengan data plan 2GB. Kalau melawat seminggu memang takkan habis pun 2GB, jadi saya pun beli simcard dari Lebara yang saya rasa harganya agak berpatutan.

DSC_0018

Kemudian perkara kedua ialah membeli pas pengangkutan. Memandangkan saya akan menggunakan pengangkutan awam untuk kemana mana, memang lebih menjimatkan untuk membeli pas yang dipanggil MyMulti. Ada banyak jenis MyMulti Pass ini, tapi untuk pelancong bolehlah membeli MyMulti unlimited pass yang sah untk seminggu. MyMulti pass ini unlimited untuk naik pengangkutan awam seperti bas, tren, feri dan tram.

Jika hanya melancong di sekitar Sydney sahaja, lebih elok untuk membeli MyMulti 2. Tetapi jika ingin melawat kawasan di luar Sydney (contohnya Blue Mountain yang perlu naik train ke Katoomba Station), maka kena beli MyMulti 3. Saya membeli pas jenis MyMulti 3 yang berharga AUD 63 seorang dan AUD 31.50 untuk kanak kanak. Boleh rujuk di sini untuk details tentang MyMulti pass dan harga. http://www.sydneytrains.info/tickets/which/mymulti

zadp01_001

Selesai urusan line telefon dan pas pengangkutan, terus saya ambil teksi untuk ke hotel. Habis check in lebih kurang pkl 12:00 tgh hari. Oleh kerana hari masih awal, kami membuat keputusan untuk keluar ke bandar Sydney walaupun badan sedikit penat.

Destinasi pertama ialah Circulay Quay. Kami meniki bas sahaja ke sana. Memang banyak bas untuk ke sini memandangkan Circular Quay merupakan tempat hentian utama untuk bas dan juga di sini terdapat jeti utama untuk feri.

DSC_0028 DSC_0030

Di Circular Quay juga merupakan kawasan yang berdekatan dengan banyak tempat tumpuan pelancong. Oh sebelum itu, untuk pengetahuan sebutan yang betul untuk Quay ialah berbunyi seperti “ki” dan bukannya “kway”. Tak perlu nak argue, tapi memang begitulah orang Aussie dan British menyebutnya.

Antara tempat menarik yang ada di Circular Quay ini ialah Sydney Opera House. Bangunan yang dibuka semenjak tahun 1973 ini memang unik dengan rekabentuk berunsurkan kulit kerang. Ia juga merupakan landmark bandar Sydney. Memang ramai pelancong di sini, masing masing nak ambil gambar berlatar belakangkan Sydney Opera House.

DSC_0086  DSC_0130 DSC_0170 DSC_0197

Selain itu, dari sini juga kita boleh lihat pemandangan Sydney Harbour Bridge. Antara tempat lain di sini ialah Overseas Passenger Terminal.

DSC_0194

DSC_0065 - Copy

Bersebelahan dengan Sydney Opera House terdapat satu taman iaitu Royal Botanical Garden. Taman ini memang telah lama, dibuka seawal 1816 lagi dan masih kekal elok sehingga kini. Memang besar taman ini sebenarnya.

Jika anda menyusuri taman ini Royal Botanical Garden, anda akan sampai di satu tempat yang dipanggil Mrs. McQuaries Chair.

DSC_0272 DSC_0269 DSC_0260 DSC_0254 DSC_0235

Mrs. McQuaries Chair ini sebenarnya batu yang diukir menjadi kerusi. Beliau merupakan isteri kepada Mejar Jeneral Lachlan Macquarie, Gabenor New South Wales 1810-1821. Batu ini menjadi tempat duduk kepada isteri Gabenor tersebut untuk melihat pemandangan pelabuhan dan kapal-kapal dari Great Britain belayar.

DSC_0293DSC_0298

Disamping itu, di sini ialah spot untuk mengambil gambar yang menarik sebab kita boleh nampak view Sydney Opera House dan Harbour Bridge sekaligus.

DSC_0280 DSC_0290

Habis mengambil gambar di sini, kami pun pulang ke tempat penginapan memandangkan badan pun belum fully recover lagi. Di sini memang cepat gelap, mungkin sebab dah masuk musim luruh. OK, di sini sahaja untuk hari pertama di Sydney.

Sambung pula untuk hari ke dua di sini: Day 2 – Sydney

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s