[Aeroangkasa] Terbang Menggunakan Wayar?

Boleh anda terangkan apa yang anda tahu mengenai istilah “fly by wire”? Soalan yang sama pernah ditanya sebelum ini kepada saya ketika saya menghadiri professional interview dengan HKIE.  Sebagai permulaan, saya ingin memetik ayat yang saya ambil dari website Boeing mengenai pesawat 777. Kenyataan daripada Boeing ini sedikit sebanyak ada highlight mengenai teknologi “fly by wire”.

The flight-control system for the 777 airplane is different from those on other Boeing airplane designs. Rather than have the airplane rely on cables to move the ailerons, elevator, and rudder, Boeing designed the 777 with fly-by-wire technology…”

Sistem Kawalan Penerbangan Konvensional
Sistem kawalan penerbangan konvensional menggunakan sistem manual iaitu mekanikal dan hidraulik. Sistem mekanikal dan hidro-mekanikal selalunya lebih berat dan dihubungkan menggunakan pulley, kabel keluli, paip hidraulik dan sebagainya. Contoh gambar di bawah menunjukkan bagaimana sistem konvesnional berfungsi. Perhatikan bahawa dari control stick juruterbang hingga ke pergerakan kawalan penerbangan, semuanya dihubungkan oleh sistem mekanikal dan hidraulik.

mekanikal control

 

Sistem Fly By Wire
Sebaliknya, sistem fly by wire pula menggunakan signal digital elektrik untuk menggerakkan komponen kawalan penerbangan. Sistem fly by wire menukar pergerakan kawalan (control stick juruterbang) menjadi impuls elektrik . Isyarat-isyarat ini dihantar ke komputer yang mengubah kembali impuls elektrik kepada arahan untuk pergerakan permukaan kawalan seperti sayap atau ekor pesawat. Untuk penerangan lebih mudah, boleh tengok gambarajah di bawah. Perhatikan line putus putus seperti dalam gambarajah adalah merujuk kepada sistem kabel wayar elektrik dan komputer dan dari sinilah istilah istilah “fly by wire” diambil.

Untitled-2

Mengapa Fly By Wire?
Antara kelebihan sistem “fly by wire” yang digunakan oleh pesawat moden adalah seperti berikut:

a.  sistem ini lebih ringan berbanding sistem mekanikal konvensional. Penggunaan kabel mekanikal dan paip hidraulik yang berat di dapat kurangkan.

b.  sistem kawalan stabil penerbangan automatik. Oleh kerana fly by wire menggunakan komputer dan signal elektrik, ini membolehkan sistem kawalan penerbangan di kawal sendiri oleh komputer tanpa memerlukan juruterbang.

c.  lebih mudah diselenggara. Selalunya untuk memeriksa sistem yang melibatkan komputer, pemeriksaan dilakukan dengan sistem programming sahaja secara automatik. Ini lebih kurang seperti sesetengah kereta dimana komputer boleh disambung dan diperiksa secara automatik untuk mengetahui apa masalah yang ada pada sistem kereta.

d. lebih efisyen dan selamat

 

Boeing_777_cockpit_inflight

Walaupun pesawat moden menggunakan sistem fly by wire, pesawat masih menggunakan sistem mekanikal dan hidraulik sebagai backup. Seperti yang saya sentuh pada artikel saya sebelum ini (Mengenal Boeing 777), setiap sistem yang kritikal perlu mempunyai 2 atau lebih sistem sokongan untuk digunakan ketika kecemasan. Jika contohnya berlaku masalah pada sistem elektrik dan komputer pesawat tidak berfungsi, juruterbang masih lagi boleh menggunakan sistem konvensional yang menggunakan sistem kabel mekanikal dan hidraulik untuk menggerakkan pesawat sebagai sistem sokongan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s