[Aeroangkasa] Bagaimana Pesawat Mengelak Dari Berlanggar Di Udara

Pernah terfikir bagaimana pesawat di udara terbang dari satu destinasi ke satu destinasi tanpa berlanggar di antara satu sama lain? Kalau ikut logik, memang tidak ada signboard penunjuk arah di angkasa seperti di daratan, dan jika kesemua pesawat terbang tanpa ada panduan dan peraturan tertentu di udara, tentu ada kemungkinan mereka boleh berlanggar antara satu sama lain.

800px-JAL2001incident

Aircraft Separation

Namun secara ringkasnya, kebanyakan pesawat komersial menggunakan laluan penerbangan/udara (flight path/airway) yang telah ditetapkan untuk mengekalkan jarak selamat semasa penerbangan. Untuk lebih mudah, flight path/airway ini bolehlah dianggap seperti lebuh raya di udara. Jadi setiap pesawat yang melalui laluan udara perlu terbang dengan ketinggian & laju yang telah ditetapkan. Trafik di dalam laluan udara ini di kawal dan dipantau oleh pengawal lalu lintas udara (ATC) untuk memastikan jarak yang selamat di antara pesawat.

Untuk penerbangan normal, setiap pesawat perlu terbang dan tidak boleh melencong dari laluan penerbangan yang ditetapkan. Jika juruterbang perlu mengubah ketinggian, ia perlu mendapatkan kebenaran dari pengawal lalu lintas udara untuk berbuat sedemikian. Contohnya, kalau juruterbang melihat dalam radar cuaca bahawa cuaca buruk sedang menanti dihadapan dan berada di laluan penerbangan, juruterbang tersebut perlu mendapatkan kebenaran dari pengawal lalu lintas udara untuk mendapatkan laluan alternatif yang lebih selamat. Dengan adanya sistem dan peraturan seperti ini, kesemua pesawat dikawal dan memastikan jarak dan pemisahan yang selamat diantara pesawat.

australia_flight_route_map_google_earth

Selain daripada menggunakan flight path atau airway, adalah menjadi tanggungjawab juruterbang untuk untuk mengekalkan jarak yang selamat dari pesawat lain menggunakan Visual Flight Rules (VFR) atau Peraturan Penerbangan Visual. VFR memerlukan juruterbang untuk melihat di luar kokpit, mengawal ketinggian pesawat, mengemudi, dan mengelak halangan-halangan dan pesawat lain.

Selain daripada itu, salah satu elemen penting ialah setiap pesawat juga mempunyai sistem TCAS (traffic collision avoidance system) untuk memberi amaran kepada juruterbang untuk mengelak dari perlanggaran di antara pesawat di udara. Sistem TCAS ini amat pintar, jika kedua dua pesawat adalah di laluan pertembungan yang akan mengakibatkan pelanggaran, kedua komputer TCAS bagi setiap pesawat berkomunikasi antara satu sama lain dan mengeluarkan arahan kepada juruterbang untuk tindakan yang sepatutnya. Contohnya, TCAS untuk pesawat A akan memberi arahan kepada juruterbang untuk terbang “pull up” ke atas dan sebaliknya, TCAS untuk pesawat B akan memberi arahan untuk terbang “push down” ke bawah bagi mengelakkan kedua duanya bertembung.

tcas-2

RVSM

RVSM (Reduced Vertical Separation Minimum) pula adalah merujuk kepada kelulusan untuk mengurangkan pemisahan menegak antara pesawat daripada 2, 000 kaki hingga ke 1, 000 kaki di antara ketinggian flight level FL290 – FL 410. FL290 adalah merujuk kepada ketinggian altitud 29.000 kaki dari paras laut, dan begitu juga FL410 adalah merujuk kepada altitud 41,000 kaki.  Sebelum adanya RVSM, pesawat perlu terpisah sebanyak 2, 000 kaki secara menegak jika terbang di atas ketinggian lebih 29, 000 kaki.

Namun begitu dengan bertambahnya permintaan pengangkutan udara dan jumlah pesawat, ruang angkasa menjadi semakin sesak. Tambahan pula, teknologi moden membolehkan pesawat mempunyai sistem komputer yang lebih cekap dan pesawat mampu mengekalkan ketinggian dengan lebih tepat, Oleh itu, RVSM diperkenalkan dimana pemisahan menegak di antara pesawat dikurangkan untuk memenuhi keperluan ini. Di bawah adalah gambarajah perbezaan antara sebelum dan selepas peraturan RVSM. Perhatikan bahawa jarak menegak untuk pesawat RVSM dipisahkan sebanyak 1000 kaki berbanding 2, 000 kaki seperti sebelumnya.

rvsm

Hanya pesawat yang mepunyai kelulusan RVSM sahaja boleh terbang di ruang udara RVSM (FL 290 – FL 410), jika tidak, pesawat tersebut mesti terbang lebih rendah daripada ketinggian RVSM. Kelebihan utama kepada pesawat yang terbang di ruang udara lebih tinggi (RVSM) ialah enjin pesawat lebih efisyen dan kurang rintangan udara untuk pesawat di altitud yang lebih tinggi. Jadi, jika terbang di ruang udara RVSM ianya dapat lebih menjimatkan bahan bakar dan kos dapat dikurangkan.

Jika berminat untuk membaca semua artikel saya berkenaan kejuruteraan dan penerbangan, sila klik di pautan ini: Engineering & Aviation

One response to “[Aeroangkasa] Bagaimana Pesawat Mengelak Dari Berlanggar Di Udara

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s